Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jom Saksikan Naz Rahman Menjadi Hos “Seni Untuk Semua” Di TV1

by Aphit J.
May 21, 2022
via RTM

via RTM

Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengeluarkan satu program “Seni Untuk Semua” yang sedang bersiaran setiap Ahad, jam 4.30 petang di TV1 yang bertujun untuk memberi input yang positif kepada penonton.

Penghasilan Karya Langkah Demi Langkah

via RTM

Program “Seni Untuk Semua” memaparkan 16 buah episod yang berdurasi 30 minit dan diacarakan oleh Nazrudin Habibur Rahman, atau lebih dikenali sebagai Abang Naz.

Program ini bakal membawa penonton melalui pelbagai peringkat penghasilan karya langkah demi langkah dengan cara yang sangat menyeronokkan untuk menghasilkan karya seni.

50 Buah Video Tutorial Dari 50 Orang Astis Seni

Bagi dalam talian pula, rancangan ini akan menyajikan 50 buah video tutorial seni hasil kurasi 50 orang artis tanah air yang berlainan daripada Seni Untuk Semua di televisyen.

Setiap video tutorial berdurasi 15 minit ini menampilkan langkah demi langkah pembuatan hasil seni oleh artis tersebut. Video tutorial ini merangkumi pelbagai cabang seni seperti seni persembahan, seni visual, muzik dan kraf.

Menyalur Ilmu Tradisi Kepada Anak Muda

via RTM

Antara artis dan aktiviti seni yang ditampilkan dalam program ini adalah Fusion Wayang Kulit yang dikendalikan oleh Pak Dain dan Tintoy Chuo yang memberi peluang menonjolkan suatu seni yang sangat dekat kepada semua.

Bengkel wayang kulit ini memberi peluang untuk menyalur ilmu tradisi ini, kepada anak muda, suatu kesinambungan yang sangat berharga. Ini adalah satu kelainan yang membuat orang ramai teruja.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Naz Rahman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara