Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026
Share on Facebook

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar yang menggamit selera. Dari menu tradisi turun-temurun hinggalah hidangan viral yang tular di media sosial, tahun ini bazar Ramadan tampil lebih tersusun, lebih meriah dan tentunya lebih menyelerakan.

Bagi mereka yang sudah jemu berbuka di bufet hotel atau tidak sempat memasak selepas pulang kerja, bazaar Ramadan menjadi pilihan paling mudah dan menyeronokkan untuk mendapatkan juadah berbuka. Tambahan pula, setiap daerah di Selangor mempunyai bazaar yang unik dengan pelbagai pilihan makanan menarik.

Bazar Ramadan Shah Alam: Pusat Bazar Ramadan Paling Meriah

Sebagai ibu negeri Selangor, Shah Alam memang terkenal dengan bazar Ramadan yang sentiasa dipenuhi pengunjung setiap tahun. Bukan sahaja penduduk setempat, malah warga pejabat dari kawasan sekitar turut menjadikan bazaar sebagai destinasi wajib sebelum pulang ke rumah.

Dengan pembangunan semula kawasan PKNS dan pembukaan Aneka Walk, suasana bazaar di Shah Alam kini lebih tersusun dan selesa untuk pengunjung.

Antara lokasi popular termasuk:

  • Stadium Shah Alam
  • Setia Perdana BB
  • Seksyen 19
  • Denai Alam
  • Seksyen 17

Pilihan makanan juga cukup pelbagai, daripada Mee Mamu, Nasi Kenduri hinggalah hidangan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu dan Laksam. Tidak ketinggalan, Nasi Mandi Chef Ammar yang sering menjadi rebutan setiap tahun.

Bazar Ramadan Hulu Langat

Daerah Hulu Langat turut tampil meriah dengan lebih 30 bazar Ramadan yang merangkumi kawasan Kajang, Cheras, Semenyih, Beranang dan Bangi.
Antara lokasi utama termasuk:

  • Laman Niaga Komuniti Seksyen 13 Bandar Baru Bangi
  • Laman Niaga Komuniti Bandar Seri Putra
  • Laman Niaga Bandar Tun Hussein Onn
  • Taman Pelangi Semenyih
  • Taman Prima Saujana Kajang
Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

Sesetengah bazar di sini menempatkan lebih 100 gerai makanan yang menawarkan hidangan popular seperti Sup Gearbox, Nasi Khaomok dan Sukiya Beef Bowl

Bazar Ramadan Kuala Langat: Juadah Tradisi Dengan Menu Viral

Di Kuala Langat pula, hampir 20 bazar Ramadan dibuka dengan jumlah gerai menghampiri seribu.

Selain juadah tradisional Melayu, daerah ini turut menawarkan pelbagai makanan viral seperti Dubai Chewy Cookies, Vietnamese Rolls dan Cheese Quesillo yang semakin mendapat perhatian pengunjung.

Antara lokasi bazar termasuk:

  • Bazar Ramadan Kanchong Darat
  • Banting
  • Triana
  • Bandar Tropicana Aman
  • Bandar Saujana Putra
  • Dataran Pantai Batu Laut

Bazar Ramadan Sepang: Bazar Yang Mesra Parkir

Bagi yang ingin mengelakkan kesesakan parkir, bazaar Ramadan di Sepang boleh menjadi pilihan terbaik. Kebanyakan bazar di sini terletak berhampiran pusat beli-belah atau kawasan lapang dengan ruang parkir yang luas.

Antara lokasi popular ialah:

  • Streetmall Cyberjaya
  • Desa Pinggiran Putra
  • Kipmall Kota Warisan
  • Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi
  • Bazar Ramadan Sungai Pelek

Pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah seperti Yong Tau Foo, kepak ayam bakar, Popiah Basah dan murtabak panas.

Bazar Ramadan Subang Jaya: Lebih 1,200 Gerai Makanan

Sekitar Subang Jaya pula menempatkan kira-kira 20 bazar Ramadan dengan lebih 1,200 gerai makanan.

Lokasi tumpuan termasuk:

  • USJ 4
  • Dataran Niaga Puchong Permai
  • Bandar Kinrara 5
  • Jalan Petaling Putra Heights
  • Taman Seri Serdang

Suasana meriah ditambah dengan aroma sosej Thai bakar, murtabak dan Nasi Kerabu yang sentiasa menarik perhatian pengunjung.

Bazar Ramadan Klang: Syurga Makanan Tradisi

Klang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan dan bazar Ramadan di daerah ini tidak pernah mengecewakan.

Sebanyak 22 bazaar dibuka tahun ini dengan antara lokasi popular seperti:

  • Taman Sri Andalas
  • Simpang Empat Sungai Udang
  • Kampung Meru
  • Lorong Musran Rantau Panjang
  • Batu 4 Jalan Keretapi Lama
Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

Menu seperti Ayam Percik, kebab dan Nasi Beriani antara yang paling dicari di sini.

Bazar Ramadan Selayang: Bazar Panjang Rawang Jadi Tumpuan

Bazar Ramadan di Selayang juga tidak kurang meriahnya dengan gabungan makanan tradisional dan moden.

Antara lokasi utama ialah:

  • Dataran Greenwood
  • Jalan E3/8 Taman Ehsan
  • Jalan 2 Bandar Baru Selayang
  • Taman Selayang Utama
  • Bandar Rawang

Bazar di Rawang pula dikatakan antara yang terpanjang di Selangor. Jika berjalan dari hujung ke hujung, ia boleh mengambil masa hampir satu jam!

Bazar Ramadan Hulu Selangor: Suasana Santai, Juadah Tradisi

Bagi mereka yang inginkan suasana bazar yang lebih santai, Hulu Selangor menawarkan pilihan menarik dengan pelbagai kuih tradisional.

Antara lokasi bazar termasuk:

  • Tapak Penjaja JRD
  • Liga Mas Batang Kali
  • Jalan Seroja Bukit Sentosa
  • Tapak Pasar Malam Bukit Sentosa
  • Jalan Kantan Bukit Beruntung

Kuih seperti Tepung Talam, Tauhu Sumbat dan Lompat Tikam menjadi antara pilihan popular.

Bazar Ramadan Petaling Jaya: Pilihan Praktikal Warga Kota

Petaling Jaya pula mempunyai sekitar 18 bazar Ramadan dengan lebih 1,200 gerai makanan.

Antara lokasi termasuk:

  • Kampung Lindungan PJS 6/3
  • Desa Mentari PJS 6/5
  • SS8
  • Sungai Way
  • Seksyen 17/1A
  • Lembah Subang
  • Kampung Sungai Kayu Ara

Dengan kesesakan lalu lintas yang hampir tidak dapat dielakkan sepanjang Ramadan, bazaar di sekitar PJ menjadi pilihan praktikal bagi warga kota.

Bazar Ramadan Kuala Selangor: Bazar Dengan Sentuhan Makanan Laut

Kuala Selangor yang terkenal dengan makanan laut turut menawarkan bazar Ramadan menarik dengan 14 lokasi bazaar.

Antara lokasi yang boleh dikunjungi:

  • Jalan Hillpark 11/6 Bandar Hillpark
  • LOTUS Kuala Selangor
  • Jalan K/P1 Tanjong Karang
  • Astana Alam Fasa 3
  • Puncak Alam
Ramadan 2026: 5 Bazar Lembah Klang Yang Selalu Full House Menjelang Maghrib

Selain menu tempatan, pengunjung juga boleh menemui hidangan seperti Philly Cheese Steak, Kunafa dan Laksa Johor.

Bazar Ramadan Ampang Jaya: Strategik Untuk Warga Bekerja

Sebanyak 16 bazar Ramadan dibuka di Ampang Jaya yang sering menjadi pilihan golongan bekerja kerana lokasinya yang strategik.

Antara lokasi popular:

  • Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah
  • Jalan Melawati 1A Taman Keramat Permai
  • Jalan Medan Bukit Indah 1
  • Jalan Ukay Perdana 1

Menu popular termasuk Nasi Kerabu, Kuih Akok, sosej Thai dan Lokching.

Bazar Ramadan Sabak Bernam: Warisan Jawa dan Banjar

Walaupun suasananya lebih santai, bazar Ramadan di Sabak Bernam tetap meriah dengan hidangan tradisi yang dipengaruhi budaya Jawa dan Banjar.

Antara menu menarik termasuk:

  • punten
  • wadai kipeng
  • nasi ambeng
  • lontong

Lokasi bazar termasuk Tapak Parkir Pasar Awam Sungai Besar, Pengkalan Sabak, Dewan Seri Sekinchan, Pekan Pasir Panjang dan Pekan Parit Baru.

Dari bandaraya hingga ke kawasan luar bandar, setiap daerah di Selangor mempunyai keunikan bazaar Ramadan tersendiri. Sama ada anda memburu menu viral, mencari masakan kampung atau sekadar ingin berbuka dengan mudah, pilihan bazaar di Selangor memang tidak pernah mengecewakan.

Jadi, apa kata tahun ini kalian rancang misi “Terjah Bazar Ramadan Selangor” bersama keluarga dan rakan-rakan. Setiap bazaar bukan sekadar tempat membeli makanan, tetapi juga lokasi terbaik untuk merasai kemeriahan Ramadan yang sebenar.

bazar ramadanselangor
https://lomp.at/x037i
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy Buds4: 5 Situasi Yang Buat Feature ‘Angguk Kepala’ Ini Rasa Macam Magic

by Phic ARMAN
March 4, 2026

Jujur cakap, bila MURAI mula-mula pegang dan uji Samsung Galaxy Buds4 dan Samsung Galaxy Buds4 Pro, benda pertama yang terus...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Fun Park Terbesar Di Melaka! MoCity Cosmic Park Sediakan Pengalaman Indoor & Outdoor Untuk Pengunjung

by Farah Fatihah
March 1, 2026

Setiap kali hujung minggu atau musim cuti tiba, ramai yang mula mencari lokasi santai untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan....

Read moreDetails
Gambar: Facebook @The Tiny Lake
LifeXplore

Kafe Panda Di Tengah Tasik? Ini Sebab The Tiny Lake (SENAI) Jadi Port “Healing” Ramai Orang

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Kalau kalian sukakan tempat yang tenang, comel dan sesuai untuk lepas penat dari rutin harian, sebuah kafe bertema panda di...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore