Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Judika Merealisasikan Impian Peminatnya

by Phic ARMAN
March 3, 2017
Share on Facebook

Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang akhirnya telah merealisasikan impian peminatnya apabila dia bakal tampil dengan sebuah album baharu hasil ciptaan dari peminatnya yang bertuah.

Aziana Ali – Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia menyampaikan plak kepada Judika (tengah) di atas pencapaian penjualan muat turun nada dering mencecah 2.3 juta unit di Malaysia disaksikan oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM

Lima lagu dari album terbarunya yang bakal dilancarkan itu adalah hasil ciptaan daripada Judika Project yang bertujuan untuk mencari bakat baharu.

“Selama ini peminat saya mempunyai angan-angan untuk berjaya, jadi saya cuba bantu. Saya pernah rasa susah mencari ruang dalam industri nyanyian. Turun naik syarikat rakaman bukan sekali dua dengan karya ditolak mentah-mentah,” katanya.

Judika ditemui pada sesi mendengar secara eksklusif album berkenaan di Menara Kuala Lumpur berkata proses menyiapkan album ini mengambil masa lapan bulan.

“Proses pembikinan sebenarnya tak begitu lama tapi preses pencarian lagu adalah panjang. Untuk mencari lima lagu ini, saya ambil masa lebih daripada empat bulan.”

Judika menambah, sepanjang penganjuran Judika Project, naib juara Indonesian Idol musim kedua itu menerima lebih 400 penyertaan.

Dari Kiri: Meor Shahril Anuar- Ketua Pegawai Eksekutif,Menara KL, Emily Wee – Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, Judika, Aziana Ali – Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia, Warren Fernandes –Penolong Pengarah, Komunikasi dan Pemasaran, Parkroyal Kuala Lumpur, Peck Kuan – Eksekutif Kanan, Transmedia International Sdn Bhd, Hermond Cheng – Pengurus Besar, Sony Music Entertainment Malaysia dan Singapura.

Antara lagu ciptaan peminatnya yang diperdengarkan buat pertama kali itu ialah Jikalau Kau Cinta, Ku Cintamu Sang Penipu, Sang Juara serta Jadi Aku Sebentar Sahaja.

YouTube video

Judika sendiri turut mencipta sebuah lagu dalam album berkenaan berjudul I Love You.

Memilih Malaysia sebagai destinasi pertama untuk memperdengarkan kesemua lagu daripada album baharu itu kerana peminat Malaysia banyak menyokong perkembangan kerjaya seninya selama ini.

“Salah satu negara yang paling ramai peminat Judika di Asia ialah Malaysia. Mereka sentiasa sokong karier saya. Jadi apabila ada peluang sebegini, aku memilih Malaysia. Kebetulan juga saya punya karya baharu untuk diberikan kepada mereka,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit ‘Aku Yang Tersakiti’ ini telah berkahwin kali keduanya  bersama model jelita Duma Riris dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Topik Berkaitan [VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artisIndonesiajudikaViral
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara