Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau Kena Kat Darah Daging Aku…”- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh

by Phic ARMAN
October 21, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan model, Mazlina binti Hassan Nordin, atau lebih dikenali sebagai Lana Nordin, mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen “panas” di Instagram berhubung satu kes penderaan yang sedang tular baru-baru ini.

Untuk info,dilaporkan oleh Harian Metro,  Shahrul Nizam dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan selepas disabitkan atas dua pertuduhan membunuh Norfazera Bidin, 27, dan anaknya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11. Hukuman berkenaan diarahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Oktober 2019.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka Tengah antara jam 6 petang, 6 Oktober 2019 hingga 7.30 pagi, 7 Oktober 2019.

View this post on Instagram

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

Dalam komen tersebut, Lana Nordin meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap individu yang didakwa membunuh anak kecil dan isteri, sambil menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri sekiranya perkara sebegitu berlaku terhadap ahli keluarganya.

“Kalau kena kat darah daging aku… aku dah campak dah dia ni dalam sungai Sarawak… biar bujang senang pulak kerat-kerat dia… va*i betul… binatang pun sayang anak!!!” tulis Lana.

Komen ini mendapat ratusan tanda suka daripada netizen yang turut marah dengan perbuatan kejam itu. Kes ini semakin tular selepas ibu mangsa, Fatimah Latiff, mendedahkan bahawa menantunya, Shahrul Nizam, telah mengerat badan anaknya dan cucunya seperti seekor ayam.

Oleh itu, tindakan Lana Nordin yang berani bersuara mendapat pujian ramai kerana mempertahankan mangsa yang tidak berdaya.

Tindakan Lana Nordin bukan sahaja menarik perhatian netizen, tetapi juga membuka perbincangan tentang kepentingan pengawasan keluarga dan perlindungan anak-anak daripada penderaan.

Dengan sikap tegas Lana Nordin, ramai menegaskan bahawa masyarakat perlu peka dan tidak berdiam diri bila melihat sebarang bentuk penderaan, terutama terhadap golongan yang lemah.

Kes ini sekali lagi mengingatkan bahawa masyarakat tidak boleh bersikap pasif. Suara tegas seperti Lana Nordin penting untuk memberi kesedaran bahawa perlindungan terhadap golongan yang lemah, khususnya kanak-kanak, adalah tanggungjawab bersama.

Dengan tindakan berani ini, Lana Nordin telah berjaya membuka mata ramai bahawa setiap bentuk penderaan harus ditentang tanpa kompromi, demi keselamatan dan kesejahteraan generasi muda.


Artikel disediakan oleh Farah Fatihah

lana nordin
https://lomp.at/vffdl
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore