Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

10 Tahun Berlalu, Beginilah Keadaan Terkini Rumah Milik Suzanna

by Phic ARMAN
October 16, 2018
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah 10 tahun berlalu pemergian legenda filem seram Indonesia, Suzzanna. Bintang filem ‘Beranak Dalam Kubur’ itu meninggalkan banyak kenangan di hati keluarga tercintanya. Salah satunya bekas suami Suzzanna, Clift Sangra.

Clift Sangra yang kini telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Anna, masih menghuni rumah peninggalan bekas isteri tercintanya. Aura mistik Suzzanna masih sering dirasakan di rumahnya yang terletak di Kebon Dalem 2, Magelang Utara, Jawa Tengah.

Menerusi laporan dari Liputan6.com, rumah Suzanna dikunjungi oleh aktres Luna Maya yang kini memegang watak mendiang dalam filem terbarunya, Bernapas dalam Kubur. Luna berkesempatan melihat sendiri beberapa bahagian dalam rumah Suzzanna yang kononnya memiliki cerita misteri tersendiri.

Tak Jauh Berbeza

Sekilas pandang tak ada yang berbeza antara penampakan luar rumah Suzzanna dengan rumah jiran-jiran yang lain. Dengan hiasan batu sungai di tembok, rumah Suzzanna cuma memasang pagar besi yang sudah berkarat.

Suasana mistik mulai terasa ketika kita melihat berada di bahagian pinggir rumah Suzzanna. Dengan adanya dua patung wanita yang diletakkan di sisi tembok, ia seakan-akan menjadi penjaga rumah milik Suzzanna.

Tiada Gambar Suzanna Tergantung

Berbeza dengan bahagian luar yang masih serupa 10 tahun lalu, ruang tamu rumah Suzzanna kini terlihat kontras. Clift Sangra mengaku sengaja menggantikan cat tembok dari hijau tua menjadi biru muda.

Topik Berkaitan Luna Maya Akui Mandi Tanpa Sabun & Cuci Rambut 3 Hari Sekali

Di setiap sisi dinding, tak ada satu pun foto Suzzanna yang tergantung. Sebaliknya, ada banyak foto-foto Clift Sangra dan Anna yang bernikah pada 2009.

Kamar Mistik

Ini merupakan bilik peribadi milik Suzzanna. Di bilik ini Suzzanna biasa melakukan berbagai ritual mistiknya. Di ruangan seluas 4×4 meter itu pula, Suzzanna menghembuskan nafas terakhirnya.

Sedekad berlalu, bilik ini tetap dikosongkan. Hanya ada kerusi dan meja solek yang melengkapi sudut ruangan bilik ratu seram Indonesia tersebut. Ketika Suzzanna hidup, dia sering menghabiskan waktu berjam-jam menjalani ritual di kerusi tersebut.

Dikuburkan Bersama 2 Orang Anaknya

Pusara Suzzanna yang terletak di TPU Giriloyo, tak jauh dari kediaman Clift Sangra. Di pusara tersebut, Suzzanna dikebumikan bersama dua anaknya yang telah meninggal dunia.

Menurut pengakuan penjaga kubur, masih ada beberapa orang yang sering menziarahi makam Suzzanna. Bahkan di malam-malam tertentu, penjaga kubur sering mendapati orang yang menziarah melakukan ritual khusus di pusara Suzzanna.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
luna mayasuzanna
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara