Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Airbnb Buka Tawaran Penginapan Di Palais Garnier, Lokasi The Phantom of the Opera

by Lisa Ghani
February 15, 2023
Foto - Airbnb

Foto - Airbnb

Share on Facebook

Menjejaki dunia muzikal The Phantom of the Opera? Sekarang kamu boleh lakukannya, malah dapat menginap dan merasai pengalaman berharga ini. Terima Kasih kepada Airbnb yang menyediakan peluang menakjubkan ini.

Buat pertama kalinya, tetamu boleh bermalam di rumah opera Paris yang mengilhamkan muzikal yang memecah rekod dunia, The Phantom of the Opera. Palais Garnier akan membuka pintunya untuk penginapan yang megah di Box of Honour yang diubah suai mewah.

Foto – Airbnb

Aktiviti sepanjang menginap di Palais Garnier

Tetamu akan berpeluang bermalam Box of Honour, sebuah bilik yang biasanya dikhaskan untuk tetamu kenamaan yang melawat. Bilik yang indah ini telah diubah suai untuk pengalaman tetamu eksklusif yang merangkumi:

Foto – Airbnb
  • Lokasi terbaik di rumah opera ini untuk menikmati keindahan seni bina Palais Garnier dan pentasnya.
  • Lawatan ke tempat yang tersembunyi di Palais, yang jarang dilihat oleh orang ramai, termasuk arkib peribadi Opera yang luar biasa dan tasik bawah tanah yang terkenal.
  • Inisiasi persembahan balet peribadi oleh salah seorang penari Balet Opera de Paris.
  • Resital eksklusif yang dipersembahkan oleh artis-artis Paris Opera Academy, yang di lengkapi dengan champagne dan sajian pembuka hidangan.
  • Makan malam di Foyer de la Danse yang mewah, iaitu sebuah bilik latihan tarian persendirian dan bersejarah di belakang pentas, yang digunakan oleh penari untuk memanaskan badan sebelum persembahan.
  • Lawatan ke studio tarian persendirian di bawah atap bangunan opera ikonik ini, di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan llangit Paris yang indah.
Topik Berkaitan Gila Durian? Ini Penginapan Cadangan Airbnb Untuk Percutian Bertema ‘Raja Buah'
Foto – Airbnb

Cara membuat tempahan

Tetamu boleh membuat penginapan semalaman pada hari Rabu, 1 Mac 2023 dari 6:00 PM CET (Khamis, 2 Mac 2023 dari 1:00 pagi MYT) di airbnb.com/opera. Penginapan ini akan berlangsung pada hari Ahad, 16 Julai 2023. Bersempena dengan Box of Honour, penginapan satu malam ini akan berharga 37 euro* (dianggarkan RM 165).

Foto – Airbnb

Ketika membuat tempahan, tetamu mesti mempunyai profil Airbnb yang disahkan, rekod prestasi yang baik dan berumur 18+. Maksimum tempahan ialah dua orang.

Komitmen Airbnb menawarkan penginapan pelancongan warisan terbaru berikutan siri langkah dan komitmen oleh platform tersebut untuk menggiatkan semula pelancongan warisan di Eropah.

Foto – Airbnb

Apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang. Kalau lambat, melepaslah nanti.!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Airbnbpalais garnierthe phantom of the opera
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara