Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Menang Anugerah, Pengasas Kamya Glow Kenang Jasa 6 Selebriti Ini

Ibu kepada empat cahaya mata ini mendedikasikan anugerah berkenaan kepada mereka yang terlibat

by Khai Azfar
March 4, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini,jenama kesihatan dan kecantikan, Kamya Glow mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty.

Anugerah Pembakar Semangat 

Terus melakar sukses tersendiri, produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Pengasasnya, Erna Elliyana Rosli,33, menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow.

“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Meski masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.

“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.

“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.

“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.

Kenang Jasa Selebriti 

Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerja serta barisan selebriti dan mereka yang bersama-sama membantu menaikkan jenama Kamya Glow .

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.

“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.

“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.

“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,”  katanya

Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek selebriti Bosco Ryzal.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ayu damitbosco ryzalDai SyedDatin AlyahKamya glownita hamzahviviana abdullah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara