Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Menanti Hari”- Ebit Lew Mohon Doa, Kanser Perut Bapa Berada Di Tahap Terakhir

Figura ini mendedahkan kanser telah merebak di seluruh badan bapanya

by Khai Azfar
July 6, 2021
Share on Facebook

Sekembalinya dari bumi Gaza,personaliti dan pendakwah bebas terkenal,Ustaz Ebit Lew diuji dengan berita sedih apabila pihak hospital telah memaklumkan penyakit kanser perut yang dialami oleh bapanya yang tercinta kini berada di tahap terakhir.

Kanser Sudah Merebak Di Seluruh Badan 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew,37 di media sosial, figura ini mendedahkan kanser telah merebak di seluruh badan dan memohon orang ramai dapat mendoakan bapanya. Dalam pada itu, Ebit berkata sebelum ini dia dibenarkan untuk menziarahi bapanya biarpun memakai sut penuh ‘PPE’ namun kini perlu menjalani kuarantin kendiri usai pulang dari misi kemanusiaannya sebelum ini.

“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan” tulis Ebit

Ebit Mohon Maaf Tak Dapat Jaga Bapa 

Mendoakan agar Allah dapat mengurangkan rasa sakit pada bapanya, Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga insan yang cukup istimewa di hatinya itu ketika ini.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah-ebitlew” kongsinya lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut figura ini berasa sebak membaca perkongsian dari Ebit selain mendoakan yang terbaik buat bapanya.

Untuk rekod, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu sebelum memasuki Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Error happened.
Kes Ebit Lew Masuk Fasa Kritikal, Mahkamah Arah Bela Diri
Ebit Lew
https://lomp.at/dk079
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara