Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Kontroversi Ayat Al-Quran Pada Busana Chanel Antara 11 Fakta Karl Lagerfeld Semasa Hidup

by Phic ARMAN
February 20, 2019
Share on Facebook

Karl Lagerfeld sememangnya dikenali di kalangan pencinta fesyen di dunia. Pemergian beliau buat selamanya telah mengejutkan industri fesyen dunia. Pereka ikonik Chanel,ini dilaporkan meninggal dunia pada Selasa (19/2) akibat kanser pankreas.

Bila anda mengaku sebagai pengikut setia dunia fesyen, anda pasti mengenali lelaki dengan rambut putih dikuncir dan sentiasa mengenakan jas berwarna hitam juga kemeja putih, lengkap dengan tali leher, sarung tangan kulit, dan kacamata hitam.

Mengenang kembali saat beliau masih hidup, HANGAT.com telah merangkum 10 fakta unik tentang pereka kelahiran kota Hamburg, Jerman.

Karier Bermula Sejak Usia 14 Tahun

Karl Lagerfeld bermula dalam kariernya di industri fesyen pada usia yang sangat muda. Ketika dia berumur 14 tahun dan  berhijrah dari Hamburg ke Paris.

Pada usianya yang ke-17 tahun, dia bekerja sebagai pembantu pereka fesyen terkenal Pierre Balmain dan tiga tahun kemudian, karier Karl Lagerfeld berkembang dengan dilantik memegang jawatan sebagai Pengarah Seni di butik Jean Patou.

Karl Lagerfeld sebagai Pengarah kreatif, Chanel

Di era ’60-an, Karl Lagerfeld mula mereka untuk label-label fesyen ternama seperti Chloé dan Fendi. Di tahun 1983, butik terkemukan di Perancis, Chanel, juga melantik Karl Lagerfeld sebagai Pengarah kreatif. Karl Lagerfeld masih mengetuai Fendi dan Chanel hingga saat ini.

Busana Kontroversi

Karl Lagerfeld telah mengundang kontroversi selepas  koleksi busana musim bunga 1994 untuk Chanel telah menhasilkan tiga pakaian yang dicetak dari potongan ayat Al-Quran. Susulan dari hal itu, ia telah mencetuskan kemarahan umat Islam di dunia. Seperti yang dilaporkan oleh Independent, akhirnya, Karl Lagerfeld mengakui minta maaf kepada semua umat Islam dan Chanel telah menghapuskan pakaian tersebut.

Tidak Suka Menggunakan Telefon Pintar

Karl bukanlah orang yang obses dengan teknologi. Dia tidak suka menggunakan telefon pintar. Jika memiliki waktu terluang, dia akan membaca, menulis, menggambar dan melakukan faks sebagai bentuk komunikasi.

Mengalami penurunan berat badan yang drastik

Karl Lagerfeld sempat mengalami penurunan berat badan yang drastik di awal tahun 2000-an. Dia mengaku terinspirasi oleh rancangan skinny fit karya Hedi Slimane dan berhasil membuatkan dirinya menurunkan berat badan hingga 42 kilogram dalam 13 bulan saja.

Pernah Mengarah Filem

Sejak tahun ’80-an, Karl Lagerfeld telah konsisten menghasilkan sendiri kempen iklan untuk label-label yang diketuainya. Dia merangkap sebagai jurugambar, tatarias, dan pengarah seni. Bahkan dia juga beberapa kali telah mengarahkan karya filem.

YouTube video

Salah satunya diperanankan oleh selebriti dan model kesayangannya iaitu Pharell Williams dan Cara Delevingne.

Kolaborasi Dengan H&M

Karl Lagerfeld adalah pereka fesyen pertama di dunia yang diberi kepercayaan oleh perniagaan retail terkenal H&M untuk berkolaborasi dan melahirkan 30 items untuk koleksi H&M x Karl Lagerfeld. Kolaborasi ini dicetuskan pada tahun 2004 dan telah terus berlangsung hingga kini (serta diikuti oleh banyak label-label dan pereka yang lain).

Membenci Media Sosial

Karl sangat membenci media sosial dan tidak suka melakukan selfie. Dalam wawancaranya pada WWD, dia mengatakan bahawa media sosial tempat yang menyedihkan bagi orang-orang yang tidak memiliki teman.

Pernah Tampil Dalam Filem dan Dokumentari

YouTube video

Mengaku sebagai ulat buku yang sangat menguasai seni visual, Karl Lagerfeld telah mengeluarkan lebih dari 25 buku sepanjang kariernya. Selain itu, dari sejumlah filem buatannya, Karl Lagerfeld juga tampil di beberapa judul filem  seperti filem Perancis The Valet dan Lolo, mahupun filem dokumentari The First Monday in May.

Memiliki Seekor Kucing Comel, Choupette

Karl Lagerfeld memiliki seekor kucing kesayangan yang diberi nama Choupette. Kucing ini merupakan “hadiah” dari pereka model Baptiste Giabiconi, yang meminta Karl Lagerfeld untuk menjaga kucing pada awalnya.

Namun rupanya kucing berbulu putih coklat ini berhasil mencuri hati Karl Lagerfeld hingga dia menolak untuk mengembalikannya.

Dan kini, Choupette berjaya menjadi salah satu ikon fesyen ternama di dunia. Dia memiliki koleksi fesyen sendiri dan sempat berkolaborasi dengan jenama kecantikan terkenal, Shu Uemura!

Menghadirkan penari telanjang dalam koleksi Fendi

Pada 1993 lalu, dia sempat membuat kontroversi dengan menghadirkan penari telanjang dan pelakon filem porno dalam koleksi Fendi. Dilaporkan, Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour, meninggalkan pertunjukkan fesyen itu karena pemilihan model yang sangat mengundang skandal.

chloeFendiH&MHedi SlimaneJean PatouKarl LagerfeldPharell WilliamsPierre BalmainThe First Monday in MayThe Valet dan Lolo
https://lomp.at/wjg3k
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore