Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Karnival 1 Bilion Didi & Friends Yang Menyeronokkan!

by Ayden Mikhael
September 14, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini, animasi Didi & Friends menerusi laman Youtube rasminya, ‘Didi & Friends – Lagu Kanak-Kanak’ telah mencatatkan jumlah tontonan melangkaui satu bilion, sekaligus menjadikannya animasi pra-sekolah pertama yang berjaya mencipta rekod berkenaan di laman YouTube Malaysia. Selain itu, animasi ini turut memperlihatkan jumlah pengikut di Youtube yang sangat membanggakan iaitu sebanyak 1,257,000 pengikut.

Bagi meraikan kejayaan tersebut bersama para peminat, Digital Durian dengan kerjasama Astro bakal mengadakan sebuah karnival terbesar Didi & Friends iaitu ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur selama empat hari berturut-turut bermula pada 14hb hingga 17hb September 2018.

“Saya sangat teruja dengan penganjuran Karnival 1 Bilion Didi & Friends kerana ini merupakan karnival terbesar yang pernah kami anjurkan. Menariknya karnival kali ini, kami menyajikan aktiviti-aktiviti pentas yang lebih hebat dan interaktif serta pelbagai permainan baharu yang belum pernah dimainkan di mana-mana karnival Didi & Friends sebelum ini.

“Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends”, kata Sinan Ismail sebagai Ketua Pengarah Ekskutif Digital Durian.

Pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival. Antaranya aktiviti ‘Karaoke Bersama Didi’, ‘Manicure Bersama Nana’, ‘Bina Bongkah Bersama Jojo’, ‘Petik Buah Di Ladang Pak Atan’, ‘Menari Dan Menyanyi Di Musikal Didi & Friends’, ‘Meet And Greet Didi & Friends’, pertandingan ‘Kostum Didi & Friends’, ‘Hias Kek Bersama Didi & Friends’ dan banyak lagi.

Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlansung.

Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang menikmati potongan harga bagi barangan Didi & Friends menerusi promosi ‘Happy Hour’ yang menawarkan sehingga 30% diskaun untuk barangan terpilih.

View this post on Instagram

A post shared by Didi & Friends Malaysia (@didiandfriends_malaysia)

Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16hb September 2018, terdapat ‘Online Nationwide Sales Campaign’ yang menawarkan promosi istimewa sehingga 20% diskaun untuk barangan Didi & Friends yang terpilih di platform membeli belah atas talian iaitu Shopee, Lazada, 11 Street, Go Shop dan Toyworld Marketing Online.

“Istimewa lagi, pengunjung yang hadir ke Karnival 1 Bilion Didi & Friends dapat menonton secara eksklusif beberapa potongan klip video lagu-lagu baharu Didi & Friends musim ketiga yang mempunyai sebanyak 39 buah lagu keseluruhannya dan bakal dilancarkan bermula pada 15 Oktober ini di Astro Ceria (saluran 611) serta saluran rasmi YouTube Didi & Friends.

“Suka juga untuk saya kongsikan dengan semua peminat Didi & Friends, kami bakal bawakan ‘Konsert Hora Horey Live 2019’ dan ‘Didi & Friends The Movie’ di pawagam pada tahun 2021.

“Selain itu, Didi & Friends juga telah dialih bahasa kepada tujuh bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Hindi, Bahasa Portugis, Bahasa Thailand dan terbaharu Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris dan Bahasa Vietnam.

“Kami ingin sentiasa memberi kandungan baharu buat tontonan peminat dan diharap agar peminat dapat terus memberikan sokongan padu terhadap Didi & Friends,” kata Sinan Ismail lagi.

Kepada pembaca murai.my yang ingin memenangi tiket emas Didi & Friend, sila layari Instagram @hangatmalaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan tiket emas Didi & Friends.

Jangan lupa temu janji anda bersama Didi, Nana dan Jojo di ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’ pada 14hb hingga 17hb September ini bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!

AstroDidi & FriendsQuill City Mall
https://lomp.at/uxv4e
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Selagi Aku Tak Merajuk, Tolonglah Hire Aku Untuk Watak Dan Naskhah Yang Baik..”-Faye Kusairi

by Naddy Joe
April 9, 2026

Pelakon, Faye Kusairi berkongsi luahan bersama peminat mengenai dirinya yang mengakui kelemahannya adalah dia merasakan dia seorang yang tidak terkenal...

Read moreDetails
Insentif

Diskaun Tol 50% Aidilfitri 2026 Diumumkan, Ini Tarikh Rakyat Boleh Nikmati Potongan

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, berita ini pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anak Aidid Marcello Dapat 8A Dalam SPM-“Alhamdulillah, Ini Semua Kerja Allah..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua,...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara