Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand

Foto - TV3

26
KONGSIAN
Share on Facebook

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu, Camelia, yang dijadualkan menemui penonton bermula 14 September 2026. Slot khas ini dibawakan bagi memenuhi fenomena serta permintaan tinggi peminat tempatan terhadap naskhah drama dari Thailand yang terkenal dengan daya tarikan serantau yang sangat kuat.

Slot Camelia TV3, Khas Untuk Peminat Drama Thailand

Mengambil inspirasi daripada keindahan bunga Camelia yang melambangkan cinta, kekaguman, ketabahan dan keindahan abadi, slot ini menjadi manifestasi kepada setiap perjalanan watak heroin dalam setiap naskhah yang dibawakan.

View this post on Instagram

Slot Camelia akan bersiaran secara eksklusif di TV3 pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 12.05 tengah hari.

Sebagai naskhah pembuka tirai slot baharu ini, TV3 membawakan drama romantik sejarah popular tahun 2024 dari Thailand, “Surviving Beauty”. Mula ditayangkan dari 14 September hingga 18 November 2026 sebanyak 30 episod, drama ini menampilkan barisan pelakon terkemuka Thailand seperti Amanda Obdam, Phet Thakrit dan Denkhun Ngamnet.

“Surviving Beauty”, Drama Pembuka Slot Camelia

“Surviving Beauty” mengisahkan perjalanan hidup Cherkwan (Amanda Obdam), seorang gadis bandar yang terpaksa melarikan diri ke kawasan pergunungan Phu Phraya Lor selepas difitnah membunuh pengantin lelakinya pada hari perkahwinan mereka. Dalam usaha membersihkan namanya, Cherkwan meminta perlindungan daripada Chalaybutr (Phet Thakrit), abang kepada rakan baiknya.

Namun, kehadiran Cherkwan tanpa disengajakan telah menyemarakkan semula persaingan sengit antara Chalaybutr dan musuh tradisinya Khetkham (Denkhun Ngamnet), seorang pemilik lombong tempatan yang tegas dan berpengaruh.

Surviving Beauty, Camelia TV3
Foto – TV3

Ketika Cherkwan berjuang untuk bertahan hidup di kawasan luar bandar yang terpencil, dia terperangkap dalam cinta tiga segi sambil membongkar rahsia keluarga yang lama terpendam, dendam lama dan persaingan perniagaan yang pahit. Cabaran demi cabaran ini bakal menguji batas kesetiaan, pengorbanan dan kekuasaan cinta sejati.

View this post on Instagram

Sebelum menembusi pasaran Malaysia, “Surviving Beauty” merupakan naskhah bersiri yang mencatatkan kejayaan luar biasa sewaktu bersiaran di stesen Channel 3 Thailand. Drama ini berjaya mendominasi carta rating TV harian bagi slot tayangannya, malah kejayaan ini turut dikuatkan lagi dengan kemunculan sulung Ratu Cantik Thailand (Miss Universe Thailand 2020), Amanda Obdam, yang memegang watak utama.

Saksikan tayangan perdana drama “Surviving Beauty” di slot Camelia, bermula 14 September 2026, setiap Isnin hingga Rabu jam 12.05 tengah hari hanya di TV3.  atau strim lebih awal menerusi Tonton pada setiap hari Jumaat bermula 10 September 2026l di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
6
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Amanda Obdamslot cameliaslot camelia tv3surviving beautytv3
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara