Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Di Persidangan WIES, Eskayvie Dedah 85 Peratus Usahawan Adalah Wanita Suri Bisnes

by Phic ARMAN
September 12, 2023
Kartika Wati bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023, di Padang, Sumatera Barat

Kartika Wati bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023, di Padang, Sumatera Barat

Share on Facebook

Syarikat pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie telah menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.

Program antarabangsa yang dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah, itu menghimpunkan ribuan usahawan Muslim dari seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.

View this post on Instagram

A post shared by Kartika Wati Mohamed (@kartikawatimohamed)

Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan, dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.

Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion oleh Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie
Kartika Wati bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023, di Padang, Sumatera Barat
Eskayvie menerima penghargaan khas dari Sandiaga Uno, Menteri Pariwisata dan
Ekonomi Kreatif Indonesia di Gala Dinner, World Islamic Entrepreneur Summit 2023
Founder Eskayvie, Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama Sandiaga Uno, Menteri
Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan isteri.

Program ini juga menyaksikan penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno
di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.

“Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.

“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.

“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan,” ujar Kartika Wati.

Sehingga kini, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.

“Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita ‘suri bisnes’. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.

“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.

Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.

Transformasi digital telah banyak membantu usahawan Eskayvie di dalam membangunkan ekonomi diri dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050

Atau layari www.eskayvie.com, FB PAGE: Eskayvie Malaysia  atau Instagram: @eskayviemalaysia_

Eskayvie
https://lomp.at/jt6e1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Korporat

Kenali Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Aset Penting AirAsia X Menurut Tony Fernandes

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Kadang-kadang dalam dunia travel ini, kita tak nampak siapa di belakang tabir yang susun semua strategi. Kita cuma nampak tiket...

Read moreDetails
Bisnes

Dari Berniaga di Pasar Malam, Kini Pemilik Dre Coffee, Kafe 24 Jam di Cyberjaya

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Siapa sangka perjalanan seorang anak muda yang pernah menjual roti john di pasar malam secara sukarela kini membawa beliau memiliki...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara