• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

“Ke Mana-Mana Bawa Segelas Champagne”- Model Cara Delevingne Mula Minum Seawal Umur 7 Tahun

by Lisa Ghani
March 9, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Menjadi muka depan Majalah Vogue untuk keluaran April 2023, model Cara Delevingne membuka ‘pekung’ dirinya.

Di sebalik kehidupan glamor, Cara sedang bergelut dengan ketagihan alkohol dan dadah yang kemudiannya menjejaskan kesihatan mentalnya. Kalau kamu mengikuti perkembangan wanita serba boleh ini, kamu pasti mengetahui Cara berulang-alik ke pusat pemulihan.

Foto – Getty

Menerusi Vogue, Cara berterus terang tentang perjuangan hidupnya yang tercetus dek alkohol.

“Saya bangun di rumah nenek dalam keadaan mabuk, ketika menghadiri majlis perkahwinan. Pergi ke mana-mana, saya akan membawa segelas Champagne bersama,” seingat Cara tentang kejadian ketika dia tujuh tahun.

Sejak itu, Cara tidak pernah berpisah dengan alkohol. Pada umur 10 tahun, Cara mengalami insomnia sehingga terpaksa diberi ubat tidur. Doktor juga mendiagnosis Cara mengalami dyspraxia, gangguan saraf yang menjejaskan koordinasi fizikal.

Foto – Getty

Walaupun sukses sebagai model, tetapi sayangnya batin Cara terseksa. Keadaan menjadi bertambah haru apabila dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19, yang menyaksikan lockdown di serata dunia. Ketika itu, Cara benar-benar rasa sendirian.

“Saya rasa saya tidak mempunyai tujuan. Daripada meluangkan masa untuk mempelajari sesuatu yang baru atau melakukan sesuatu yang baru, saya terperangkap dalam kesengsaraan dan berpesta sepuas hati.

Di tengah-tengah masa yang sukar, dia menerima berita pada April 2022 bahawa neneknya telah meninggal dunia.

Detik ‘reality check’ memaksanya untuk sedar, dan membuka laluan untuk sembuh. Pada Oktober 2022, gambar paparazi menyedarkan Cara dia memerlukan bantuan. Gambar itu menunjukkan dia berkelakuan seperti orang tidak waras.

Foto – Getty

“Memang menyedihkan kerana saya kelihatan seperti seronok, tetapi sebaliknya saya tidak sihat. Kadang-kadang, kita perlu menilai diri sendiri, jadi saya bersyukur dengan gambar itu,” jelasnya.

Sejak itu, dia menceburi program pemulihan 12 langkah. Malah, dengan perubahan kecil kepada rutin harian, seperti meditasi, pergerakan, dan makan tiga kali sehari, dia merasakan perbezaan yang ketara. Selain daripada bersih daripada alkohol, keadaan kesihatan mental mula bertambah baik.

Cara Delevingnevogue magazine
https://lomp.at/2h15d
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore