Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Kebaikan ‘Cold Pressed Juice’ Untuk Sistem Tubuh

by Jash Lee
June 13, 2020
Share on Facebook

Cold Pressed Juice yang disebut sebagai trend baru bagi gaya hidup yang sihat. Jus yang dihasilkan dikatakan lebih berkhasiat daripada jus yang biasa dan dapat mengekalkan nutrisi dengan lebih efektif untuk penyerapan yang maksimum. Oleh sebab itu cold pressed juice tetap digemari oleh pencinta produk yang sihat walaupun harganya lebih mahal berbanding jus yang biasa.

via The Shelby Report

Cold Pressed Juice merupakan teknologi ‘juicing’ melalui teknik putaran pisau yang lebih lambat, iaitu sekitar 80 rpm serta tidak menghasilkan haba panas sewaktu pengekstrakan dibuat. Kepanasan daripada pisau mesin kisar yang biasa terlalu tinggi dan ini boleh menjejaskan pelbagai enzim yang sensitif termasuklah menggalakkan oksidasi.

Dengan mengamalkan cold pressed juice yang betul akan dapat membantu memaksimumkan detoksifikasi tubuh. Gabungan jus yang dibuat dari sayur-sayuran atau buah-buahan organik dapat memberikan tenaga serta rasa kenyang yang lebih lama.  Jika anda merancang untuk membersihkan dan menekan butang ‘set semula’ pada badan anda, cold pressed juice adalah kaedah yang terbaik untuk anda memulakannya dan jus ini akan membersihkan segala toksin di dalam sistem tubuh.

Namun, ingin kami kongsikan juga bersama pembaca beberapa aturan sebelum pengambilan cold pressed juice

via Bicti
  1. Waktu pagi adalah waktu yang paling tepat untuk menikmati cold presses juice kerana air dan serat yang terkandung didalamnya bermanfaat untuk melancarkan pencernaan. Namun, elakkan buah-buahan yang masam sebagai jus pada waktu ini. Buah yang baik digunakan adalah seperti pisang, epal atau lobak merah yang sangat baik untuk perut.

2. Latih diri anda untuk meminum jus sebaik sahaja ia dikisar. Walaupun jus masih boleh disejukkan, namun khasiat dan vitamin yang terdapat pada buah atau sayuran yang digunakan akan berkurangan apabila disejukkan.

3. Jangan jadikan cold pressed juice sebagai pengganti makanan. Jika anda sedang menjalani proses untuk menurunkan berat badan, anda perlu juga mendapatkan tambahan nutrisi daripada makanan yang lain. Kerana jika jus semata-mata tidak akan dapat membekalkan sehingga 1,800 jumlah kalori yang diperlukan dalam tubuh setiap hari. Walaupun berat badan akan turun dengan drastik, namun ia juga berisiko untuk naik semula secara mendadak kerana jus tidak akan mengurangkan lemak tetapi ia hanya mengurangkan air didalam tubuh.

4. Kisar bayam dengan epal dan lobak merah atau gandingkan nenas bersama lobak dan seleri. Tak salah untuk selalu bereksperimen bagi mendapatkan rasa dan khasiat sebenar yang hebat dari cold pressed juice. 

Namun, selain dari hanya menikmati jus, tak salah jika sesekali diselang selikan dengan pengambilan buah-buahan segar seperti tembikai, anggur dan epal untuk dikunyah. Kerana buah-buahan sangat baik dan bermanfaat untuk perut dan akan bekerja untuk membakar kalori kira-kira 20kcal.

Jika anda merasakan mesin cold pressed juice agak mahal untuk dimiliki, anda masih boleh mendapatkan cold pressed juice yang dijual di pasaran antaranya La Juiceria, The Organic Juicery, Strip Juice dan banyak lagi.

Tidak semua jus dibuat dengan cara yang sama, pastikan anda sentiasa membaca label botol terlebih dahulu bagi memastikan anda mendapat jus yang sihat dan berkhasiat.

coldpressedjuice jusorganiksebenar gayahidup kesihatantubuhbadan
https://lomp.at/j10yj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore