Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kecil-Kecil Sudah Simpan Hasrat Jadi Pelakon, Nabila Tak Halang Anak Ceburi Bidang Lakonan

by Puteri Alia
July 12, 2023
Share on Facebook

Pelakon versatil, Nabila Huda, 38, memaklumkan anaknya, Kesha Laila, 13, berhasrat mengikut jejaknya bergelar pelakon.

 Menurutnya, dia tidak menghalang Keisha dan akan menyokong kehendaknya kerana itu impiannya pada masa ini.

“Mungkin sekarang dia nak jadi seorang pelakon. Tapi apabila dah besar dia akan cuba benda lain. Saya tak kisah apa-apapun yang dia buat, saya tetap akan sokong dia.

“Cuma saya cakap dengan dia, habiskan sekolah dulu. Selesaikan apa yang patut. Jika kamu berbakat, bila-bila masa saja kamu akan jadi pelakon. Jangan bimbang fasal itu.

“Dan saya akan pastikan sebelum masuk set, saya akan latih dia dulu untuk pastikan dia dalam keadaan bersedia,” katanya.

Nabila yang juga anak kepada penyanyi legenda Datuk Amy Search berkata, apabila cuti sekolah, Keisha kadangkala akan mengikutnya shooting.

“Dia mula belajar aspek sudut kamera, belajar macam mana masa shooting, sediakan baju dan konti semua dia dah tahu.

“Sebagai emak saya selalu bagi dia semangat serta sokongan dan saya akan tetap jadi penyokong nombor satu sebab kita tak perlu nak menghalang apa anak kita nak buat.

“Biarkan dia buat apa yang dia nak tapi dibawah kawalan kita. Jadi kita tahu apa yang dia suka. Dari sekaranglah kita mula nak kena bendung dia nak kena tengok bakat apa yang dia ada dekat dia,” katanya.

Nabila berpendapat mungkin sekarang Keisha melahirkan hasrat mahu bergelar pelakon, namun apabila usianya mencecah 40 tahun, dia akan mengubah minat dalam bidang lain pula.

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-"Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu.."
nabila huda
https://lomp.at/tdned
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

“Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang..”-Kamal Adli

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’, Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-“Allah Uji..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan reaksi ramai rakan selebriti dan peminat selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon, Uqasha Senrose...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore