Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Kecoh! Kerana Cebisan Daun, Soffi Jikan Dituduh Ambil Ganja

by Phic ARMAN
May 11, 2017
Share on Facebook

Kecoh di media sosial apbila tersebarnya gambar Kad Pengenalan Soffi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan bersama daun kecil dipercayai ganja. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan spekulasi yang mengatakan cebisan daun atau sayur adalah ganja. Namun ada yang menafikan bahawa itu hanyalah cebisan sayur dan tidak ada kena-mengena dengan bahan terlarang itu.

Susulan dari berita ini, Soffi menafikan dirinya terlibat dengan pengambilan ganja selepas gambar itu tersebar. Soffi berkata, dia mengetahui perkara itu selepas rakannya menghantar gambar kad pengenalan dan lesen memandunya bersama daun kecil dipercayai ganja yang tular di media sosial.

“Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa.

“Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis.

“Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia turut memohon pihak yang menemui dokumen berkenaan agar menyerahkannya semula kepada pihak berkuasa. Jangan kerana secubit sayur, reputasi Soffi terjejas teruk dengan tuduhan yang melulu dari netizen.

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya
artisartis hangat malaysiadadadadahpenahanan dadahsoffi jikanSoffi Jikan ambil dadahsoffi jikan ambil ganjaSoffi Jikan dan GanjaSoffi Jikan ditahan polisSoffi Jikan Rock KapakViral
https://lomp.at/qrv6h
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore