Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Pengasas Le’HairBoss Ada Pelbagai Kisah! Termasuk Pernah Bergelar Pramugari

Anugerah ketiga diterimanya itu sebagai pembakar semangat.

by Khai Azfar
March 9, 2022
Share on Facebook

Siapa sangka pengasas produk penjagaan rambut, kulit dan kuku, Le’HairBoss yang lebih dikenali dengan nama Ferra Ibrahim menyimpan pelbagai kisah disebalik kejayaannya pada hari ini.

Terima Malaysia Prestigious Industry Award 

Hasil semangat, dedikasi dan kerja keras pemilik nama sebenar Farah Nadhirah Ibrahim ini telah melayakkannya diiktiraf sebagai salah seorang penerima Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 berlangsung di Hotel Majestic, di sini, 8 Mac lalu.

Meskipun diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) itu, Ferra lebih terbuka untuk menganggap anugerah ketiga diterimanya itu sebagai pembakar semangat.

“Saya berniaga ini bukan nak kaya semata-mata. Rezeki itu perlu dikongsi. Macam perniagaan penjagaan rambut, kulit dan kuku diusahakan sejak dua tahun lalu ini lebih kepada usaha untuk menggalakkan lebih ramai menjana pendapatan.

“Terutama golongan wanita sekali gus mahu memperkasa mereka untuk tidak berpeluk tubuh. Status solo atau janda bukan halangan. Tambahan pula di era pandemik COVID-19 ke endemik ini.

“Tanpa mengira status anda sebagai wanita, sekalipun ada suami berada dan bertanggungjawab… golongan wanita kena buat sesuatu. Ada duit poket berniaga, boleh sokong suami serba sedikit ekonomi keluarga,” katanya.

Suami Tonggak Kejayaan 

Bekas pramugari tempatan itu juga beruntung kerana suami tercinta, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang turut bergelar ahli perniagaan menjadi tonggak kekuatan di belakangnya.

“Ini merupakan perkahwinan kedua saya dibina pada Julai 2019. Suami yang percaya atas kebolehan, keinginan dan semangat sejak dahulu lagi memberi modal memulakan perniagaan ini sejak Januari 2020.

“Saya percaya keberkatan itu ada kerana beberapa bulan melancarkan suplemen pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan dilakukan melonjak naik. Kemudian saya keluarkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.

“Untungnya produk saya usahakan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memakan masa setahun ini bersifat praktikal dan menjimatkan duit. Ini kerana setiap satu rangkaian produk
memberi manfaat untuk rambut, kuku dan kulit,” katanya.

Untuk rekod, wanita kelahiran Kuala Lumpur yang membesar di Bangi, Selangor itu kini mempunyai lapan ketua stokis di Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Ikutkan jenama produk saya lebih dikenali dengan nama HairBoss. Sampai orang lupa nama rasmi, Le’HairBoss. Tapi tak apalah, janji orang tahu.

“Rangkaian produk saya pun dijual daripada harga RM129 hinggalah ke RM59. Sangat berpatutan.

“Insya-Allah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Ferra sebelum ini pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ferra ibrahim
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara