Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Kekurangan Pemandu & Bas Jarang Lalu: Netizen Pertikai Keberkesanan Sistem Pengangkutan KL

by Naja Nix
December 8, 2025
172
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah hantaran di Reddit, r/Malaysia, kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai mutu perkhidmatan bas awam di Kuala Lumpur.

Pengguna dengan nama @Alarming_Toe_2520 berkongsi gambar bertajuk ‘KL Public Buses’ sambil meluahkan rasa terkejut selepas membandingkan pengalaman menaiki bas di Malaysia dengan Singapura.

KL public buses
byu/Alarming_Toe_2520 inmalaysia

Menurutnya, beratur panjang pada jam 9:05 pagi untuk menunggu bas seterusnya pada 9:27 pagi adalah sesuatu yang tidak masuk akal, apatah lagi apabila kekerapan bas mencecah 30 minit.

Tambahnya lagi, perkhidmatan Rapid On Demand yang sepatutnya menawarkan fleksibiliti turut gagal meyakinkan pengguna apabila masa menunggu mencecah lebih 20 minit.

Pemandu Bas Tak Cukup, Gaji Tak Kompetitif?

Antara komen yang paling mendapat perhatian datang daripada seorang pengguna @Quirky_Bottle4674, yang menyatakan punca utama masalah adalah kekurangan pemandu bas.

Katanya, Singapura menawarkan gaji lebih tinggi sehingga mampu menarik warga Malaysia untuk bekerja di negara jiran, sedangkan Malaysia pula tidak membenarkan pekerja asing menjadi pemandu bas tempatan

Tangkap layar/reddit

Isu ini sekali lagi menyentuh realiti akan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pengangkutan awam yang akhirnya menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Car-Centric City Punca Kualiti Pengangkutan Awam Rosot

Seorang lagi pengguna, @MrFraser95, mengaitkan masalah ini dengan pembangunan bandar yang terlalu memberi keutamaan kepada kenderaan persendirian.

Menurutnya, Kuala Lumpur lebih obses menambah lorong jalan, tol baharu dan pusat membeli belah berbanding membina rangkaian bas berkualiti.

Tangkap layar/reddit

Pengguna ini turut menegur sikap segelintir pemandu bas yang dikatakan ‘moody’ dan kurang mesra, menegaskan bahawa pengalaman penumpang bukan hanya bergantung pada kekerapan bas tetapi juga interaksi manusia.

Pengguna LRT Kerinchi Kecewa: Baik Jalan Kaki 30 Minit

Dalam satu pengalaman lebih ekstrem, seorang pengguna @GlassFix4235, mendakwa pernah menunggu hampir sejam untuk bas dari LRT Kerinchi ke Pantai Sentral Park. Menurutnya, hanya satu bas yang beroperasi sedangkan satu lagi ‘hilang’.

Manakala, aplikasi RapidKL pula hanya memberi amaran high demand tanpa penyelesaian jelas. Kekecewaan itu menyebabkan dia memilih untuk berjalan kaki 30 minit berbanding terus menunggu bas yang tidak kunjung tiba.

Tangkap layar/reddit

Isu pengangkutan awam di Kuala Lumpur bukan sekadar soal bas lambat, tetapi melibatkan rantaian masalah lebih besar iaitu kekurangan pemandu, perancangan bandar tidak holistik dan kertergantungan melampau kepada kereta.

Walau apa pun, suara-suara netizen ini jelas menunjukkan satu perkara, sudah tiba masa sistem bas Kuala Lumpur melalui pembaharuan menyeluruh dan bukan sekadar pembaharuan sementara.

baspengangkutan awamrapidk
https://lomp.at/7gwd3
Share69Tweet43SendShare

KINI TRENDING

Foto - @yayasanwarisananakselangor (IG)
Berita

Individu Lahir Tahun 2008 Berpeluang Tebus RM1500 TAWAS Selangor 2026

by Nurul A.
January 23, 2026

Berita gembira untuk mereka yang lahir pada tahun 2008! Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menyalurkan pembayaran manfaat bagi individu...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara