Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Kembalikan Nostalgia Tunai Umrah Naik Kapal, Aroya Cruise Berganding Dengan 5 Agensi Terpercayai

by Phic ARMAN
October 2, 2025
Share on Facebook

Bayangkan suasana petang di Hemisfera Luxury Sky Hall, KL Tower,  pemandangan kota Kuala Lumpur yang memukau dari ketinggian, dan dewan serba mewah yang dipenuhi tetamu. MURAI turut dijemput untuk menyaksikan sendiri detik bersejarah pelancaran Umrah Cruise Grand Launch 2025 yang dibawakan oleh IslamiCruise® (ICI).

Seawal melangkah masuk, kami sudah terasa aura eksklusif acara ini. Setiap tetamu kelihatan teruja menantikan pengumuman yang bakal merubah cara kita menunaikan ibadah umrah.

Majlis dimulakan dengan ucapan penuh bersemangat daripada Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICI, Suhaimi Abd Ghafer. Beliau disusuli oleh Ab Rahman Mohd Ali, Pengarah Projek Aroya IslamiCruise, yang dengan penuh semangat memperkenalkan visi besar mereka.

Ab Rahman Mohd Ali, Pengarah Projek Aroya IslamiCruise

Ketika Ab Rahman menyampaikan ucapannya, dewan seakan terdiam seketika. Katanya:

“Pelayaran ini merupakan satu detik bersejarah yang penuh makna, khusus buat insan-insan hebat yang telah mencurah keringat dan usaha sepanjang kehidupan mereka. Inilah saat yang dinanti,  waktu untuk memanjakan diri, menyuburkan jiwa dan merehatkan raga, dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan. Sebuah hadiah istimewa dari Allah SWT, dihayati melalui pengalaman unik bersama Aroya IslamiCruise.”

Dalam kesempatan itu, MURAI sempat bertanyakan kepada Ab Rahman mengenai isu hangat ketika ini, kes penipuan umrah yang berleluasa.

Dengan penuh tenang beliau menjawab:

“Agensi yang bekerjasama dengan kami memiliki reputasi yang baik dan terjamin, malah sistem pembayaran yang dilakukan melalui laman sesawang cukup telus dan tidak meragukan. Sebab itu lah, jemaah tidak perlu rasa ragu-ragu jika bimbang dengan kes penipuan.”

Kami juga mengajukan soalan mengenai kesesuaian pelayaran untuk warga emas atau jemaah berkerusi roda. Tanpa teragak-agak, Ab Rahman menegaskan:

“Kami benarkan sebaik-baiknya bayi 6 bulan ke atas . Warga emas berkerusi roda juga boleh berlayar kerana fasiliti di kapal ini cukup lengkap dan mesra OKU. Malah dalam kapal siap ada klinik sekiranya berlaku hal-hal kecemasan.”

MURAI yang mendengar sendiri bait kata itu, terasa seolah-olah roh majlis ini memang benar ingin membawa jemaah ke satu dimensi baharu dalam beribadah.

Lima Agensi Umrah Rasmi

Detik paling dinantikan, pengumuman lima agensi rasmi yang akan berganding tenaga sebagai rakan perjalanan eksklusif. Antaranya:

  • Andalusia – umrahandalusia.com
  • TH Travel & Services – thts.com.my 
  • Jay Ibrahim Travels – jayibrahimaislam.com
  • Rayhar Travels – rayhar.com
  • In Saff Travels – insafftravel.com.my

Masing-masing tampil penuh keyakinan, bersedia mengiringi jemaah dalam pelayaran mewah bertaraf antarabangsa ini. Sesi pelancaran ini menjadi semakin menarik apabila diumumkan dua siri pelayaran halal antarabangsa — 18 hari 16 malam yang merentasi destinasi ikonik dunia:

  • Siri 1.0 (15 – 30 Januari 2026): Saudi Arabia – Oman – Maldives – Indonesia – Malaysia
  • Siri 2.0 (3 – 18 Februari 2026): Malaysia – Indonesia – Maldives – Oman – Saudi Arabia

MURAI dapat rasakan, majlis ini bukan sekadar pelancaran biasa, tetapi pembuka lembaran baru buat dunia pelayaran Islamik. Nostalgia naik kapal untuk umrah kini kembali, namun kali ini dengan sentuhan kemewahan, eksklusif dan keberkatan yang sukar digambarkan.

Aroya Cruise
https://lomp.at/fo0zi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara