Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

[VIDEO] Bergaya, Bijak & Berpengaruh: Kenali Ben-Jie, Anak Muda & Orang Kuat Di Sebalik Kejayaan AirAsia

Ini Sebab Ramai Terinspirasi Dengan Lim Ben-Jie, Ikon Muda AirAsia MOVE

by Phic ARMAN
May 31, 2025
927
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika berminat dengan dunia korporat dan teknologi, nama Lim Ben-Jie memang patut diberi perhatian. Beliau kini merupakan Chief People Officer (CPO) di AirAsia MOVE, salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian (OTA) terbesar di rantau ini sejak Jun 2024. Dalam masa yang sama, beliau juga masih menerajui pasukan Ecosystem & Partnerships di Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia Group Berhad).

Dari Intern ke Barisan Hadapan

Berusia 32 tahun, Lim Ben-Jie mula menyertai AirAsia sebagai intern pada tahun 2015. Sejak itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk menjadi Chief of Staff kepada Tan Sri Tony Fernandes, CEO Capital A. Semasa pandemik, beliau memainkan peranan besar sebagai Head of Delivery, melancarkan perkhidmatan seperti AirAsia Ride dan AirAsia Food di seluruh ASEAN. Beliau juga pernah menjadi Head of Global Markets untuk AirAsia MOVE.

Pendidikan & Pengiktirafan

Ben-Jie memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kewangan dan Ekonomi dari University of the West of England dan Taylor’s University. Beliau turut diiktiraf sebagai Future 50 Emerging Marketeer oleh The Drum dan juga salah seorang pemimpin terpilih di bawah Obama Foundation bagi rantau Asia Pasifik.

Kagum dengan Kepimpinan Tony Fernandes

Buat Ben-Jie, Tan Sri Tony Fernandes bukan sekadar seorang CEO, tetapi juga seorang mentor yang banyak memberi inspirasi sepanjang kerjayanya. Beliau sering berkongsi rasa kagum terhadap cara Tony membina empayar AirAsia dengan penuh berani, kepercayaan dan nilai kemanusiaan.

Ben-Jie pernah menyatakan dalam sebuah posting di Instagramnya:

“Sejak kecil saya memang minat dunia penerbangan. Tapi dalam perjalanan saya, muncul Tan Sri Tony – individu yang berjaya mengubah industri ini selama-lamanya.

Beliau jadikan banyak impian satu kenyataan. Membangunkan budaya kerja yang kuat, menyatukan ASEAN, membina integriti, kepercayaan dan rasa hormat – itu semua adalah legasi yang beliau tinggalkan.

Saya amat terinspirasi dengan semangat beliau yang tak pernah takut mencabar diri demi membuka jalan untuk orang lain.”

Bukan Sekadar Bijak, Tapi Penuh Gaya

Selain berjaya dalam kerjaya, Ben-Jie juga aktif berkongsi sisi peribadi di Instagram. Dengan jumlah pengikut yang ramai, beliau sering memuat naik tentang minatnya dalam melancong ,  sesuatu yang sangat kena dengan kerjayanya dalam industri penerbangan.

View this post on Instagram

A post shared by Ben-Jie (@lim.benjie)

Bukan itu saja, penampilan yang menarik dan wajahnya yang tampan juga menjadi perhatian. Aktif dalam kecergasan dan kerap ke gimnasium, tak hairanlah beliau sering tampil segak dan bergaya dalam apa jua acara.

@lim.benjie

#workout #throwback

♬ Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack

Simbol Anak Muda Berwawasan

Pada usia 32 tahun, Lim Ben-Jie sudah mencipta nama dan memberi impak besar dalam dunia korporat. Dengan gabungan kebijaksanaan, karisma, keberanian dan semangat membina masa depan yang lebih baik, beliau menjadi simbol anak muda berwawasan yang patut dijadikan inspirasi.

AirAsiaX Siap Sedia Terbang Ke London Pada 2026? Tapi Kena Transit?
air asiaair asia moveAirAsia MOVEben-jieLim Ben-JieTony Fernandes
https://lomp.at/dpcmr
Share371Tweet232SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Tropicana Twister
Inspirasi

Tropicana Twister Membina Rumah & Membuka Harapan Baru untuk Generasi Akan Datang

by Nurul A.
May 2, 2026

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara