Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan.

AirAsia MOVE hari ini mengumumkan kerjasama secara langsung dengan dua syarikat penerbangan utama China, China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines, sekali gus menambah pilihan penerbangan untuk pengembara dari Malaysia ke pelbagai destinasi di China.

Menariknya, pengguna AirAsia MOVE boleh mendapatkan tambang pergi balik termasuk semua dari RM1,033 dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Qingdao, Wuhan, Changsha dan Zhengzhou, bergantung pada tarikh serta ketersediaan.

Jadi, kalau sebelum ini pening nak susun penerbangan, hotel dan keperluan lain secara berasingan, sekarang banyak benda boleh dibuat dalam satu platform. Tak perlu buka 17 tab sampai laptop pun rasa penat.

China Eastern Airlines Dan Shanghai Airlines

AirAsia MOVE

Menurut AirAsia MOVE, tawaran eksklusif ini sah untuk tempahan sehingga 30 September 2026, bagi perjalanan sehingga 4 November 2026.

Pengguna juga boleh menikmati tambahan diskaun sehingga RM80 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 menggunakan kod GOCHINA, atau sehingga RM200 dengan minimum RM1,800 menggunakan kod FLYCHINA.

Untuk konteks, AirAsia MOVE kini mempunyai kerjasama secara langsung dengan lebih 80 syarikat penerbangan global, selain pilihan daripada kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya.

China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines pula mengendalikan sehingga 121 penerbangan seminggu dari Malaysia pada musim perjalanan tertentu, menghubungkan Kuala Lumpur dengan beberapa bandar utama China.

Topik Berkaitan Travel Sempena Merdeka? Ini Tip AirAsia Supaya Tak Kelam-Kabut Di Airport

Lebih menarik, perjalanan tidak berhenti selepas beli tiket. AirAsia MOVE turut menawarkan hotel, kenderaan ke lapangan terbang, tiket tarikan, insurans perjalanan dan pelbagai keperluan lain.

Malah, semakan semasa di AirAsia MOVE menunjukkan penerbangan terus Kuala Lumpur–Shanghai mengambil kira-kira 5 jam 30 minit, dengan beberapa pilihan syarikat penerbangan tersedia di platform.

Pendek kata, kalau China sudah lama masuk dalam wishlist, sekarang mungkin masa untuk mula kira bajet. Cuma jangan kira tiket sahaja. Makan, shopping dan train pass pun kena masuk sekali!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaAirAsia MOVE
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu PROTON Ada Di Jalan Raya, Kini Ada Di Baju UNIQLO Pula

by Phic ARMAN
September 26, 2026

Adakah anda membesar pada era 80-an, 90-an atau awal 2000-an? Jika ya, kemungkinan besar perkataan PROTON bukanlah sesuatu yang asing....

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Catat Keuntungan Menjunam 66%, Apa Sebenarnya Berlaku Di Sebalik Krisis Ini?

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Nama Emirates sememangnya sinonim dengan penerbangan premium dan perkhidmatan bertaraf dunia. Namun, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu kini...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
The Laughing Cow
LifeXplore

Snek, Celup & Nikmati, The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Di 7-Eleven

by Nurul A.
October 6, 2026

The Laughing Cow Cheez Dippers Solo hadir sebagai pilihan yang sesuai untuk saat seperti ini. Gabungan celupan keju yang lembut...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara