Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Kenapa Aqil Zulkiflee & Akiddos Jadi Duta 7-Eleven? Ini Penjelasan Dari Pengurus Besar Pemasaran

by Phic ARMAN
April 10, 2023
Share on Facebook

Rangkaian kedai serbaneka terkenal di Malaysia, 7-Eleven akan meneruskan inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Menjaga Komuniti – Semurni Kasih sempena Ramadan dengan tujuan memperkasakan kehidupan mereka yang memerlukan.

Dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) NGOHub Asia, objektifnya adalah untuk meluaskan lagi rangkaiannya bagi membolehkan NGO itu mendekati segmen yang disasarkan di mana penerima Semurni Kasih menerima produk makanan dan bukan makanan.

Kedua-dua Wong Wai Keong dan Tan U-Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama (Co-CEO) dan Pengarah Eksekutif 7-Eleven berkongsi sentimen yang sama berkata,

“Ia adalah penting bagi kami kerana kami cuba menjangkau seramai mungkin orang dan bantu mereka terutamanya ketika ramai yang masih menghadapi kesan penutupan ekonomi COVID-19. Memandangkan Semurni Kasih merupakan program tahunan kami, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada orang lain melalui inisiatif CSR ini terutamanya kepada mereka yang memerlukan.”

“Di bawah program CSR ini, kami menyasarkan untuk menggalakkan lebih ramai pembeli di kedai 7-Eleven untuk bersama-sama dalam usaha menyumbang kepada  masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini,” tambah mereka.

Semasa acara Berbuka Puasa di Hotel Berjaya Times Square, 7-Eleven telah melancarkan Kempen Hari-Hari Hari Raya, satu inisiatif yang disokong oleh 7-Eleven untuk meningkatkan kesedaran jenama dan tawaran promosi melalui segmen F&Bnya, 7-CAFé oleh 7-Eleven untuk melibatkan diri dengan pelanggannya serta membantu perniagaan kecil dan tempatan di Malaysia.

Aqil Zulkiflee dan Akiddos Jadi Duta

Pada majlis yang sama, 7-Eleven telah memperkenalkan beberapa bakat baru dalam video kempen ‘Hari-Hari Hari Raya’. Video tersebut berkisahkan gelagat dua adik-beradik yang menjadi pelanggan setia 7-Eleven tak kira di mana mereka berada. Dibintangi oleh influence dan youtuber popular Aqil Zulkiflee yang mempunyai lebih dari 1.75 juta subscribers. Turut menampilkan Youtuber, Akiddos personaliti TikTok dan instafamous terkenal di Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by 7-Eleven Malaysia (@7elevenmalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by 7-Eleven Malaysia (@7elevenmalaysia)

Ditanya mengenai pemilihan duta bagi kempen Hari Raya,  Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Chin Hor Wai memilih duta berdasarkan personaliti bukan sekadar popular.

“Sebenarnya, tidak kira samaada selebriti atau ‘influencer’ untuk kami pilih sebagai duta, tetapi yang paling penting kami memilih aspek personaliti. Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan selebriti yang lain seperti penyanyi Iman Troye dan pelakon Meerqeen untuk kempen yang lain.

“Untuk tahun ini, kami bekerjasama dengan Aqil dan Akiddos kerana mereka mempunyai dinamik dan melambangkan personaliti kami (7eleven)”- jelas Hor Wai

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi baru Bibi Qairina dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-37, Iman Troye.

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?
7-11Iman Troye
https://lomp.at/b7e8j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Hock Kee Kopitiam
Bisnes

Hock Kee Kopitiam & D.MasKing Bawa Musang King Premium Ke Meja Kopitiam

by Nurul A.
April 22, 2026

Dua jenama kebanggaan Malaysia, Hock Kee Kopitiam dan D.MasKing oleh DSR Taiko Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama ini...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
Bisnes

inDrive Lancar Inisiatif Komisen 1% Untuk Perkukuh Komitmen

by Naddy Joe
April 19, 2026

inDrive, platform mobiliti dan penghantaran global, telah memperkenalkan inisiatif komisen 1% baharu untuk pemandu e-hailing sedia ada dan bakal pemandu...

Read moreDetails
LifeXplore

“SPM Dulu Saya Dapat 1A Sahaja”- Ben Ali Kenang Zaman Habis Sekolah

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali...

Read moreDetails
Bisnes

OSIM Lancar uDream.AI, Satu-Satunya Kerusi Well-Being Di Dunia

by Naddy Joe
April 20, 2026

Dalam kehidupan yang semakin sibuk hari ini, ramai antara kita berdepan dengan tekanan, keletihan dan kurang rehat yang berkualiti. Menyedari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara