Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Kenapa Kamu Moody Pada Waktu Pagi? Ini Yang Kena Tahu

by Lisa Ghani
April 10, 2023
Foto - Everlywell

Foto - Everlywell

Share on Facebook

Selalunya kita akan mengambil sedikit masa untuk betul-betul sedar selepas bangun dari tidur. Sepanjang tempoh itu, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan orang lain dan juga cepat ‘naik angin’.

Dipetik daripada Netdoctor, simptom ini dikaitkan dengan ‘sleep inertia’ iaitu tempoh peralihan kepeningan yang biasanya berlaku dalam tempoh 15-20 minit atau lebih selepas baru bangun tidur.

Foto – iStock

Tempoh sleep inertia seseorang juga berbeza beza. Proses untuk betul-betul bangun dan sedar ini sebenarnya mengambil tempoh masa yang agak lama, malah lebih perlahan daripada proses untuk menyalakan lampu selepas suis dipetik.

Perasaan seperti ini tidak semestinya berpunca daripada kekurangan tidur sahaja. Tetapi sikap lekas marah pada pagi hari juga boleh dikaitkan dengan rehat yang tidak mencukupi, keletihan dan hari yang tidak baik.

Jika gejala ini hanya berlaku ketika hari Isnin hingga Jumaat, ia mungkin berpunca kerana kamu tidak mendapat tidur yang cukup dan terpaksa bangun untuk pergi ke pejabat.

Selain itu, rutin harian yang berubah (berehat pada Sabtu dan Ahad) mungkin meyebabkan pagi Isnin menjadi begitu ‘berat’ bagi kebanyakan orang.

Foto – iStock

Tips untuk mengurangkan tempoh sleep inertia:

  • Buka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk
  • Menggalakkan aktiviti waktu pagi seperti senaman dan interaksi dengan orang lain
  • Minum kopi atau teh
  • Mendengar muzik
  • Ambil Sarapan
  • Mandi atau cuci muka dengan air sejuk

Selamat beramal!

moodymoody waktu pagisebab moody
https://lomp.at/gdbp9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore