Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Kenapa Kamu Moody Pada Waktu Pagi? Ini Yang Kena Tahu

by Lisa Ghani
April 10, 2023
Foto - Everlywell

Foto - Everlywell

Share on Facebook

Selalunya kita akan mengambil sedikit masa untuk betul-betul sedar selepas bangun dari tidur. Sepanjang tempoh itu, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan orang lain dan juga cepat ‘naik angin’.

Dipetik daripada Netdoctor, simptom ini dikaitkan dengan ‘sleep inertia’ iaitu tempoh peralihan kepeningan yang biasanya berlaku dalam tempoh 15-20 minit atau lebih selepas baru bangun tidur.

Foto – iStock

Tempoh sleep inertia seseorang juga berbeza beza. Proses untuk betul-betul bangun dan sedar ini sebenarnya mengambil tempoh masa yang agak lama, malah lebih perlahan daripada proses untuk menyalakan lampu selepas suis dipetik.

Perasaan seperti ini tidak semestinya berpunca daripada kekurangan tidur sahaja. Tetapi sikap lekas marah pada pagi hari juga boleh dikaitkan dengan rehat yang tidak mencukupi, keletihan dan hari yang tidak baik.

Jika gejala ini hanya berlaku ketika hari Isnin hingga Jumaat, ia mungkin berpunca kerana kamu tidak mendapat tidur yang cukup dan terpaksa bangun untuk pergi ke pejabat.

Selain itu, rutin harian yang berubah (berehat pada Sabtu dan Ahad) mungkin meyebabkan pagi Isnin menjadi begitu ‘berat’ bagi kebanyakan orang.

Foto – iStock

Tips untuk mengurangkan tempoh sleep inertia:

  • Buka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk
  • Menggalakkan aktiviti waktu pagi seperti senaman dan interaksi dengan orang lain
  • Minum kopi atau teh
  • Mendengar muzik
  • Ambil Sarapan
  • Mandi atau cuci muka dengan air sejuk

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
moodymoody waktu pagisebab moody
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara