• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kenali ‘Kenit’, Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Yang Selalu Buat Orang Nangis

by Phic ARMAN
July 16, 2020
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Sesiapa saja yang sedang mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku siri ke-2 pasti kagum dengan bakat lakonan pelakon cilik ini. Memegang watak sebagai Kenit, pelakon berusia 9 tahun ini bernama Puteri Rafasya atau lebih mesra dipanggil Cobi.

View this post on Instagram

A post shared by PUTERI RAFASYA (@puterirafasya1)

Mungkin ramai tidak perasan, Cobi sebenarnya sering muncul dalam beberapa buah drama dan iklan sebelum ini. Namun, kemunculannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ternyata lebih menonjol dan menarik perhatian penonton.

Watak Kenit atau Harlina dalam drama ini cukup meruntun jiwa penonton. Manakan tidak, Kenit sering dimarah dan dipukul oleh kakak kandungnya Syakila (Faye Kusairi). Setiap episod, penampilan Kenit yang comot dan busuk boleh mengundang air mata penonton.

Mungkin ramai yang mahu mengenali lebih dekat pelakon berbakat ini kan? jom Murai MY rangkumkan 5 fakta mengenai Cobi.

Berbakat Besar

View this post on Instagram

A post shared by PUTERI RAFASYA (@puterirafasya1)

Bukan dalam lakonan saja, Cobi juga memilik bakat menjadi seorang model, hos, penyanyi dan penari. Kecil-kecil cili padi ya!

Mahu Bantu Keluarga

View this post on Instagram

A post shared by PUTERI RAFASYA (@puterirafasya1)

Memiliki pendapatan sendiri dalam bidang seni, Cobi pernah menyatakan hasratnya untuk membantu ibu bapanya dalam soal kewangan. Cobi berkata kepada NST, dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membalas jasa kedua-dua orang tuanya yang menjaganya selama ini bersama adik-beradik.

Bapanya Mengusahakan gerai Akok Jerry

Bapanya, Norazhari Mohd Noor, yang lebih dikenali sebagai Jerry, 54, dan ibunya Fatin Aliza Salmi, 29, mengusahakan gerai Akok Jerry yang menjual pelbagai juadah Kelantan-Terengganu di Jalan AU2B, Keramat AU2, berhampiran dengan Taman Setiawangsa di Kuala Lumpur.

Pernah Muncul Dalam Banyak Iklan

YouTube video

Ibunya berkata, Cobi mula menunjukkan minat dalam bidang lakonan setelah menonton kanak-kanak lain membuat persembahan di iklan televisyen dan pentas.

Antara iklan televisyen yang pernah Cobi terlibat adalah Bank Rakyat, RHB Bank’s Syukur Merdeka bersama Altimet, Courts Mammoth, Bridgestone, Marigold Peel Fresh, AIA Insurance, CIMB Bank, Boat Noodles dan Biskut Roma.

YouTube video

Iklan yang menampilkan wajah Cobi seperti Celcom Viral ‘Mak Kata’, Dumex Dugro Soy, CIMB Bank, Perodua dan Prego.

Pelbagai Drama Telah Dibintangi

View this post on Instagram

A post shared by PUTERI RAFASYA (@puterirafasya1)

Cobi juga banyak muncul dalam drama televisyen sebelum ini seperti Vila Ghazara, Ammar dan Opie, Ustaz Pink, Warkah Dari Firenzia, Cikgu Papa Kirim Salam, Isteri Untuk Diiktiraf, Semerah Cinta Humairah, Disisimu Aku, dan Isteri Dalam Sangkar; dan muncul di telemovies seperti Dosa Terlindung dan Izinkan Aku.

7 Hari MencintaikuFaye KusairiKenitPuteri Rafasya Binti Abdul Rauf
https://lomp.at/gcjue
Share96Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore