Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Keputusan Ini Agak Berat’- Konsert Berjalan Mundur- Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Tukar Tarikh

by Phic ARMAN
July 12, 2023
Share on Facebook

Konsert penyanyi, penulis dan pempengaruh popular Indonesia, Fiersa Besari yang dijadualkan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 23 Ogos depan ditukar kepada tarikh baharu.

Konsert Pertunjukan Tunggal Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur itu dijadualkan semula pada 12 Oktober 2023, bagaimanapun masih mengekalkan ZEPP Kuala Lumpur sebagai lokasi.

Pengarah Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya dalam satu kenyataan media berkata, meskipun sudah membuat pelbagai persediaan, mereka akur apabila tarikh konsert tersebut terpaksa dianjakkan.

“Keputusan ini agak berat untuk kami lakukan, malah dengan rendah diri kami memohon maaf atas segala kesukaran disebabkan perubahan tarikh konsert tersebut.

“Di sebalik apa yang berlaku, ia memberikan kami, termasuk Fiersa sendiri, lebih ruang untuk membuat persediaan supaya dapat tampil lebih maksimum pada konsert itu nanti.

“Tarikh baharu itu dipilih dengan begitu teliti, selain mengekalkan lokasi yang sama untuk memastikan penonton mendapat kepuasan sepenuhnya menerusi persembahan hebat Fiersa yang begitu ditunggu-tunggu peminat,” katanya.

Tambah Intan lagi, Seraya Group selaku penganjur komited dalam memastikan semua pemegang tiket menikmati pengalaman terindah sepanjang Fiersa beraksi di ZEPP Kuala Lumpur.

“Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket mereka secara automatik akan dipindahkan ke tarikh baharu tersebut. Memahami kesulitan yang dialami, mereka akan diberi peluang bertemu Fiersa Besari dalam sesi eksklusif Meet & Greet nanti,” katanya.

Pertunjukan Tunggal Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur bakal membawa penonton meneroka perjalanan kerjaya seni jejaka kelahiran Bandung, Indonesia itu sepanjang 14 tahun berkarya. Acara itu juga menjadi platform untuk mempromosikan karya Fiersa menerusi lima album yang dihasilkannya, termasuk album terbaharu, Berjalan Mundur yang menemui peminat pada November lalu.

“Menerusi persembahan lagu popularnya, selain memperkenalkan rangkaian lagu terbaharu, konsert ini juga secara tidak langsung memberikan inspirasi dan keghairahan kepada peminat untuk meneroka karya yang pernah dihasilkan Fiersa,” katanya.

Tiket berharga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk 8 orang) boleh diperoleh menerusi pautan: ticket2u.com.my.

Untuk perkembangan terkini dan maklumat berkaitan konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur, layari akuan Instagram:
@serayalive.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fiersa Besari
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara