Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Kerana Perbezaan Warna Kulit, Priyanka Chopra Akui Pernah Jadi Mangsa Buli

by Nurul A.
October 15, 2025
Foto - @priyankachopra (IG)

Foto - @priyankachopra (IG)

Share on Facebook

Walaupun terkenal sebagai pelakon di inudstri Hollywood dan juga Bollywood, Priyanka Chopra nampaknya turut mempunyai momen sulit dalam kehidupannya. Momen tersebut adalah dia telah menjadi mangsa buli.

Kongsinya di salah satu temu bual lama, Priyanka telah mengalami diskriminasi kaum di sekolah kerana warna kulitnya.

“Sejak kecil lagi warna kulit saya lebih gelap dan ia menyebabkan saya menjadi bahan jenaka orang terdekat. Ketika saya mungkin dalam darjah 10 apabila rakan sekolah selalu memanggil saya dengan nama seperti “gadis coklat”, “gadis kari” dan “keturunan gajah”.”

View this post on Instagram

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Priyanka yang tidak tahan dengan ejekan tersebut, dia telah berusaha keras untuk mencerahkan warna kulitnya. Isteri kepada penyanyi Nick Jonas itu didakwa telah menggunakan pelbagai krim pemutih yang menjanjikan pencerahan segera.

“Seperti kebanyakan remaja pada masa itu, saya juga terpengaruh dengan iklah memutihkan badan.”

View this post on Instagram

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Namun Priyanka mengakui bahawa rasa insecure yang dialaminya berlarutan sehingga awal 20-an. Dia juga membintangi iklan pemutih kulit, yang dia akui itu adalah salah satu keputusan yang paling dia kesali sehingga ke hari ini.

“Tetapi kemudian saya belajar untuk menyayangi diri saya sendiri. Sekarang saya boleh katakan bahawa saya sangat menyukai warna kulit saya.”

Walaupun pada awalnya Priyanka berasa insecure, namun pelakon itu mengakui dia bernasib baik kerana dapat mengharungi zaman gelap dalam kehidupannya itu. Dia menjelaskan bahawa dia perlu kuat untuk menahan semua ejekan yang dilemparkan kepadanya.

View this post on Instagram

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Selain daripada isu warna kulit, Priyanka Chopra juga pernah mendedahkan bahawa industri hiburan telah memintanya untuk menurukan berat badan. Tujuannya adalah untuk Priyanka kelihatan lebih kurus dan langsing untuk mudah muncul dalam iklan serta projek komersial lain.

Apa pendapat kamu?

Aktres Jelita Ini Gelar Priyanka Chopra "Selfish & Hanya Dirinya" Dalam Industri Hollywood
bollywoodHollywoodnick jonaspriyanka chopra
https://lomp.at/cyrol
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Foto - @wannaali_ (IG)
Lokal

“3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita”- Wanna Ali

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Wanna Ali baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore