Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kerana ‘Vape’ Amir Hasan Kini Semakin Popular!

by Khai Azfar
May 23, 2018
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, tular seketika mengenai seorang pemuda yang menyanyi sambil memasang vape, sama seperti kisah ‘abang polis viral‘ yang pernah kami tulis sebelum ini siapa sangka pemuda tersebut kini sudah menjadi seorang penyanyi dan semakin popular!

YouTube video

Tampil Dengan Single Bicaramu

Pemuda yang dimaksudkan adalah Amir Hasan yang kini turut tampil dengan single terbarunya yang berjudul Bicaramu. Menariknya lagi lagu tersebut merupakan karya ciptaan Amir sendiri dan turut mendapat sentuhan Haikal Azrin dan Rudy Nastia.

YouTube video

Menurut Amir yang turut dikenali sebagai ‘abang Vape’ ini, rakaman lagu Bicaramu mengambil masa dalam bebeberapa minggu untuk disiapkan. Tambah pemuda yang berusia 22 tahun ini, Bicaramu bukanlah sekadar lagu kerana disebaliknya terdapat maksud yang tersirat.

“Lagu ini berkisar tentang orang yang bercinta kerana hati, bukan kerana rupa ataupun harta. Walau apa pun jua kekurangan yang mungkin ada pada seseorang itu, tapi dia tetap dilihat sempurna oleh pasangannya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah setiap insan itu sempurna dengan cara mereka tersendiri dan pasti akan ada orang yang menyayangi mereka seadanya”

Bernaung Di Bawah Warner Music Malaysia

Lebih membanggakan lagi, meskipun baru bergelar penyanyi, Amir telah diberi kepercayaan untuk bernaung dibawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air.

Dalam perkembangan lain bagi single terbarunya itu, ini juga merupakan kali pertama Amir terlibat dalam penggambaran video muzik bersama -sama dengan bakat baru yang juga Juara Gadis Panca NR 2018, Siti Khadijah Abdul Halim. Untuk anda yang ingin mendengar single terbaru ini bolehlah dapatkan di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBO, Deezer dan juga iTunes.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amir hasanamir hasan akadamir hasan bicaramuWarner Music Malaysia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara