Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

[VIDEO] Bukan Biasa-biasa! Ini Harga Kereta Mewah Ibu Neelofa Pergi Ke Kebun

by Phic ARMAN
December 19, 2023
Share on Facebook

Apabila bercakap mengenai kehidupan selebriti yang bergelar usahawan, kita tidak hanya fokus pada kisah perjalanan kerjayanya. Gaya hidup mereka merangkumi semua aspek termasuk pemilihan kereta yang digunakan. Salah satu simbol kemewahan yang sering menjadi tumpuan ialah kereta mewah yang meluncur dengan anggun di jalan.

Bagi selebriti, kereta api mewah bukan sekadar alat pengangkutan. Kereta mewah adalah pilihan yang mencerminkan status, gaya hidup dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan yang diceburi.

LIhat sahaja kereta mewah yang dipandu oleh ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang menjadi bualan warganet di laman TikTok. Hanya untuk melawat kebun untuk melihat hasil tanaman, mata netizen bertumpu pada kereta mewahnya. Beliau bergaya menaiki kereta mewah Aston Martin DB11 V8 Coupe yang dipandu oleh suaminya.

Kartini menulis kapsyen;

“Lama dah tak datang kebun buah mama ni. Alhamdulillah kali ni datang durian dan rambutan dah berbuah”- tulisnya di ruangan kapsyen video

@noorkartini66

Lama dah tak datang kebun buah mama ni. Alhamdulillah kali ni datang durian dan rambutan dah berbuah? #kebunbuah #rambutan #durian #fyp @Ayue_Cdrama❤️

♬ original sound – missdqueen – ciksukaberangan

Peminat Kartini di laman TikTok teruja dan kagum melihat video tersebut.

VIA TikTok

Aston Martin DB11 V8 Coupe

Bukan biasa-biasa harga kereta mewah ini! Menurut tinjauan kami di laman sesawang laman kereta mewah, Aston Martin DB11 V8 Coupe dijual di pasaran Malaysia pada harga mencecah RM2 Juta.

Aston Martin, nama yang mendominasi senario automotif dengan keanggunan dan kuasa yang tiada tandingan. Diasaskan pada 1913, Aston Martin telah melalui pelbagai era dengan watak dan kemewahan yang kekal tidak berbelah bahagi. Daripada James Bond memandu Aston Martin DB5 hingga berjaya di arena perlumbaan, jenama ini telah menulis sejarahnya sebagai simbol kekuatan dan keberanian.

Sekadar info, Kartini merupakan pengasas produk kecantikan Young & Glow Foundation serta pemilik bersama Naelofar Hijab yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Seperti yang dikongsikan oleh beliau kepada majalah Labur, kunci kejayaan beliau dalam dunia perniagaan adalah disebabkan oleh sikapnya yang penyayang, berdisiplin serta sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, beliau juga sering bersikap positif dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah. Oleh itu, sifat yang ditonjolkan oleh mak Neelofa ini patut dijadikan contoh oleh kita semua untuk berjaya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaNoor Kartini
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara