Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kes Tampar Aiman Tino: Pihak Pengurusan Mahu Buat Laporan Polis?

by Khai Azfar
March 30, 2018
Share on Facebook

Rentetan kes penyanyi yang kini bergelar pelakon, Aiman Tino yang ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Datuk Ahmad Daud baru-baru ini ternyata memberi impaknya tersendiri. Meskipun sudah memberi penjelasan lanjut, tidak sangka pula ianya berpanjangan sehingga mahu membawa insiden tersebut ke pihak polis.

Pihak Pengurusan Aiman Mahu Ambil Tindakan

Dalam perkembangan terbaru, sebahagian peminat Aiman dikatakan telah marah apabila berita penyanyi itu ditampar Fazlina mulai tersebar. Malah lebih mengejutkan, pihak pengurusan penyanyi itu dikatakan tidak berpuas hati dan mahu mengambil tindakan.

Terdahulu, Aiman telah menjelaskan bahawa insiden tersebut hanyalah satu lakonan dimana Fazlina membantunya untuk mengambil ‘mood’ sedih dan geram dalam masa yang sama.

Fazlina Kecewa Insiden ‘Tampat’ Disalah Erti

Menurut Fazlina pula, dia begitu kecewa kerana ramai pihak mengecam beliau tanpa mengetahui situasi sebenar.

Tambahnya, hubungan beliau bersama Aiman dan ibubapanya juga baik tanpa sebarang masalah. Namun netizen di luar sana yang cepat menghukum dan membenci Fazlina tanpa tahu disebaliknya.

“Saya bukan lempang Aiman sewaktu ambil ‘mood’ dan saya tidak ajar dia berlakon. Sebaliknya apa berlaku adalah dalam rakaman babak. Itupun saya buat guna teknik memandangkan dia sudah tidak punya ‘tenaga’ untuk mengeluarkan perasaan sepatutnya. Situasinya? Berjaya atau gagal. Dua kamera digunakan pakai tangan dan bukan tripod. Bayangkan betapa susahnya babak dilaksanakan dan saya harus memastikan ia berjaya”

“Saya harus jaga dialog saya dan Aiman, begitu juga perasaan yang harus dizahirkan. Sebagai orang baru saya tidak boleh bergantung kepada Aiman untuk jaga ‘blocking’. Saya harus berfikir pantas. Saya guna teknik sentuh pipi dan tolak muka untuk babak lempang itu. Bunyi datang dari paha yang saya tepuk memang buat dia terkejut,”

Seperti biasa, bila peminat terlalu meminati artis kegemaran mereka perkara seperti inilah yang akan terjadi. Malah Aiman dan Fazlina juga sudah menjelaskan perkara yang sebenar. Nasihat kami, selidik dahulu sebelum menghukum, itu lebih baik.

Sumber  Harian Metro 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiman tinoaiman tino kena tamparfazlina ahmad daud
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  5. 5

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara