• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ketua Imam Kongsi Pemandangan Ramadan di Hong Kong Yang Berubah Sejak Pandemik

by Phic ARMAN
May 14, 2021
Share on Facebook

Umat Islam Malaysia berkongsi bagaimana mereka memperhati bulan suci Ramadan di Hong Kong tahun ini. Sama seperti umat Islam di seluruh dunia, 300,000 umat Islam di Hong Kong menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan.

Sebagai sebuah bandar yang menghargai kepelbagaian, Hong Kong menyediakan banyak pilihan tempat makan dan kedai halal untuk umat Islam dan pelancong tempatan.

Bandar pulau ini juga mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon, Masjid Al Ammar, Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan; dan tempat ibadat yang lebih kecil.

Amalan biasa bagi masyarakat Islam pada bulan Ramadan termasuk berkumpul untuk solat
Ramadan khusus di masjid, berbuka puasa bersama di masjid di mana para jemaah akan
membawa makanan dan barang keperluan untuk dikongsi di kalangan masyarakat.

Menurut Muhammad Arshad, Ketua Imam di Hong Kong pemandangan Ramadan di Hong Kong telah berubah sejak pandemik melanda tahun lalu. Masjid telah ditutup selama kira-kira separuh daripada Ramadan pada tahun lepas.

Disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, jemaah dikehendaki menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka semasa solat di masjid.

“Malah, Ramadan tahun lepas dan tahun ini amat berbeza sekali daripada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kami masih mengerjakan solat Tarawih, langkah-langkah penjarakan sosial dan keselamatan dilaksanakan, kami tidak menganjurkan perhimpunan bersama untuk berbuka puasa, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana para jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi dengan masyarakat.

Muhammad Arshad, Ketua Imam di Hong Kong

“Sebelum pendemik melanda, terdapat perhimpunan setiap malam seramai kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang di Masjid Kowloon sahaja, tapi kini kami hanya solat dengan kakitangan masjid sahaja,”- beliau berkata.

Pandemik ini juga telah memberi kesan kepada kedai makan halal di Hong Kong dan mengubah strategi perniagaan restoran pada bulan Ramadan. Restoran Ma adalah restoran Cina halal yang popular di kalangan umat Islam; bagi kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong.

WinterFest Hong Kong: Terokai Keajaiban Musim Sejuk Untuk Percutian Akhir Tahun Anda!

Sebelum berlakunya pandemik, pelanggan perlu membuat pesanan makanan terlebih dahulu apabila mereka pergi ke restoran Ma untuk Iftar.

“Disebabkan oleh sekatan perjalanan dan masalah kesihatan sekarang, trafik menjadi perlahan dan kebanyakan orang berasa lebih selamat untuk makan di rumah. Kami mula memberi lebih tumpuan kepada penghantaran melalui pihak ketiga dan pengambilan sendiri kerana pelanggan kami berasa lebih selesa menikmati makanan mereka di tempat persendirian,” kata Encik Ma, pemilik Restoran Ma.

Encik Ma, pemilik Restoran Ma.

Walaupun amalan tertentu telah berubah, Ketua Imam Arshad berkongsi bahawa Ramadan
adalah bulan yang menuntut umat Islam untuk bersatu melangkaui agama, tetapi dengan umat manusia secara keseluruhan.

“Cabaran yang datang dengan pandemik ini telah menyatukan kita semua bersama untuk mempertahankan diri tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan negara. Ramadan mengajar kita disiplin, kebertanggungjawapan diri dan menjaga orang lain, jadi tidak ada masa yang lebih baik untuk mempraktikkannya daripada bulan suci ini.”

HKTB membawa Hong Kong kepada masyarakat Islam pada bulan Ramadan Pelancongan halal sememangnya tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang berusaha untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan Mesra Muslim. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.discoverhongkong.com dan helloramadan.com

hong kongLembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB)Masjid Al AmmarMasjid Chai WanMasjid JamieMasjid KowloonMuhammad ArshadMuzzil Qayyum
https://lomp.at/ox90b
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore