• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Khas Untuk Wanita Yang Inginkan Badan Seperti Model, Ini 5 Rahsia Gisele Bündchen Kekal Ramping!

by Soph Azz
January 5, 2024
Foto - Vogue

Foto - Vogue

Share on Facebook

Tanyalah pada mana-mana wanita apakah badan idaman mereka. Pasti ramai yang akan beritahu atau tunjukkan gambar badan idaman mereka seperti kebanyakan model. Kalau bagi Miss Murai pula, Miss Murai lebih suka melihat Gisele Bündchen kerana susuk badannya sangat ramping dan menggiurkan seperti anak dara walaupun sudah berusia 43 tahun.

Meskipun sudah memiliki dua orang anak, Gisele sangat menitikberatkan penjagaan diri dan sangat aktif secara fizikal. Sekiranya kamu inginkan badan seperti model dan juga Gisele, Miss Murai kongsikan apakah rahsianya…

1. Yoga 

View this post on Instagram

A post shared by Gisele Bündchen (@gisele)

Untuk pengetahuan kamu, yoga merupakan senaman yang memberi tumpuan pada regangan dan menguatkan badan. Dedah Gisele dalam salah satu posting Instagramnya, yoga juga membantu melegakan tekanan dan bagus untuk meditasi.

2. Pilates 

Menjadi antara kegemaran Gisele, pilates bukan sahaja senaman yang membantu menguatkan setiap otot; tetapi juga membantu mengimbangi badan disebabkan oleh penekanan pada keseimbangan dan pengecutan otot.

3. Brazilian Jiu-Jitsu 

Kongsi Gisele, seni bela diri boleh melatih setiap bahagian badan dengan menggunakan pergerakan yang banyak. Malah dia juga berasa lebih kuat danyakin selepas melakukan seni bela diri ini.

View this post on Instagram

A post shared by Gisele Bündchen (@gisele)

Selain daripada itu, Gisele juga sukakan sukan bertinju tau.

4. Surfing & Berenang 

Sukan air seperti berenang, surfing, paddle boarding atau wakeboarding merupakan aktiviti yang sentiasa Gisele lakukan. Kalau kamu nak tahu, sukan air sebenarnya sangat disyorkan berbanding senaman atau aktiviti lain kerana ia dapat menguatkan otot dengan lebih berkesan.

5. Berjalan Kaki & Mendaki 

View this post on Instagram

A post shared by Gisele Bündchen (@gisele)

Yang paling mudah dan sentiasa dilakukan seperti orang lain, Gisele sangat sukakan aktiviti berjalan dan mendaki. Ujarnya aktiviti ini membantu membakar lemak sambil dapat menghirup udara segar bagi merehatkan minda.

Rahsia yang sangat mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau kamu teringin nak badan seperti model, bolehlah cuba apa yang Gisele amalkan ye. Semoga bermanfaat!

Gisele Bundchentips kurustips pinggang ramping
https://lomp.at/3dm5y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore