Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Kim Kardashian Versi Vietnam, Ly Nha Ky Miliki Banyak Koleksi Mewah & Rumah Seperti Istana!

by Soph Azz
January 5, 2024
Foto - @lynhaky_artist (IG)

Foto - @lynhaky_artist (IG)

Share on Facebook

Pernah ke kamu dengar tentang Kim Kardashian versi Vietnam ini?

Buat mereka yang tidak berapa familiar; Ly Nha Ky atau mesra digelar Lady D ialah seorang pelakon, model dan ahli perniagaan di Vietnam.

Hidup dalam kesenangan dan sangat kaya membuatkan Ly ini digelar sebagai Kim Kardashian. Ly dikatakan memiliki empayar hartanah bernilai jutaan ringgit, pelaburan, barang kemas dan fesyen yang sangat mahal. Walaupun dia seorang yang kaya, Ly tidak kedekut dan gemar berkongsi kekayaan dengan orang lain.

Mempunyai nilai bersih sekitar RM71 juta, Miss Murai kongsikan lagi apa kekayaan;

1. Bina semula rumah seperti istana 

Miliki bangunan pangsapuri 25 tingkat di kawasan mewah Thai Dien, Ly merobohkan dan membina semula bangunan tersebut mengikut rancangan rumah agam idamannya.

YouTube video

Rumah agam itu dihiasi dengan emas, inspirasi zaman Yunani di mana mana tangga marmar melengkung itu memberi suasana yang sangat mewah. Dalam rumah ini terdapat studio dengan peralatan penggambaraan yang canggih, karaoke, bilik hiburan dan jakuzi bawah tanah. Selain Ly, chef dan kakitangannya juga tinggal dalam rumah yang sama.

2. Mula kumpul berlian sejak usia 20-an

Pelakon ini dilaporkan telah membeli berlian pertama pada usia 22 tahun. Sejak daripada itu dia mula mengumpulnya sebelum menceburi perniagaan barang kemas. Pada tahun 2011, Ly telah mengedarkan barang kemas daripada De Grisogono, Paolo Piovan, Crivelli Gioielli dan Staurino. Kemudian, dia juga memperkenalkan rangkaian berliannya sendiri, Lynk.

3. Miliki koleksi fesyen mewah yang lengkap 

Ly sering muncul di khalayak ramai dalam ciptaan haute couture yang mahal daripada pereka terkenal seperti Georges Hobeika, Alexis Mabille dan Alexander McQueen.

View this post on Instagram

A post shared by Ly Nha Ky (@lynhaky_artist)

Jika ada koleksi fesyen yang menarik perhatiannya, dia akan membeli seluruh koleksi tersebut. Contohnya beg Hermes Birkin, Ly akan beli koleksi yang sama dalam warna yang berlainan

4. Ibunya pula tinggal di vila yang mewah & mahal 

Khas untuk ibunya, Ly membina sebuah vila mewah seluas 108,000 kaki persegi di kampung halamannya iaitu di wilayah Ba Ria-Vung Tau. Vila tersebut dibina berdasarkan gaya seni klasik Vietnam.

Foto – lynhaky.com

Dalam vila ini, ada ruang bilik ibadat yang sangat luas, bilik keluarga dan kawasan yang sangat luas untuk parti atau majlis resepsi. Yang menariknya vila ibu Ly mempunyai taman dengan kolam teratai, pokok sagu berusia seribu tahun dan pelbagai pokok buah-buahan.

5. Ada resort persendirian yang berharga jutaan ringgit 

Selain membina rumah untuknya dan ibunya, Ly juga dilaporkan memiliki resort mewah yang bernilai jutaan ringgit. Resort tersebut dibinanya di Da Lat seluas 7000 meter persegi.

View this post on Instagram

A post shared by Ly Nha Ky (@lynhaky_artist)

Pada masa yang sama, dia juga membina ladang buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang bernilai jutaan ringgit juga.

6. Orang pertama di Vietnam memiliki kapal layar dan Rolls Royce 

Di Vietnam, Ly merupakan orang pertama memiliki kapal layar (630 Ferretti) yang mempunyai suite hiburan, ruang makan, biliki tetamu dan kawasan BBQ.

View this post on Instagram

A post shared by Ly Nha Ky (@lynhaky_artist)

“Ly mempunyai firma antarabangsa di Hong Kong yang mengendalikan dan menyelenggara kapal layarnya termasuk 4 kru kecil yang mempunyai pengalaman luas dalam berkhidmat di kapal persiaran antarabangsa 5 bintang.

View this post on Instagram

A post shared by Ly Nha Ky (@lynhaky_artist)

Selain kapal layar, Ly juga memiliki Rolls Royce Ghost dan mempunyai pemandu peribadi yang membawaya ke sekitar bandar untuk majlis atau mesyuarat perniagaan.

Boleh pening kepala kalau nak kira setiap satu kekayaannya kan?

'Target' Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya
kim kardashiankim kardashian vietnamly nha ky
https://lomp.at/e6q4f
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore