Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kisah Wanita OKU Ini Tular Di Tiktok! Ramai Luah Rasa Kagum

Difahamkan, Anisa pada awalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu dia diserang kanser mata hingga hilang penglihatan.

by Khai Azfar
January 25, 2022
Share on Facebook

Tiada seorang manusia di muka bumi ingin dilahirkan dalam serba kekurangan termasuk buat wanita yang bernama Khairul Anissa Mat Samsuddin ini.

Kekurangan & Kelemahan Diri Bukan Penghalang 

Namun,kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buatnya untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain. Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, ‘wanita kebal’ berusia 32 tahun ini mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu dan boleh mencari rezeki halal seperti orang lain.

Anisa Tular Di TikTok 

Di aplikasi TikTok, figura yang mesra disapa Anisa ini menjadi tumpuan sehingga tular mengenai kisahnya selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.

“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.

“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.

“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Pernah Diperli Dengan Kata Sinis

Dalam pada itu, Anisa turut mendedahkan dirinya pernah dipersoalkan oleh segelintir pihak hanya kerana mempunyai kekurangan fizikal. Difahamkan, Anisa pada awalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu dia diserang kanser mata hingga hilang penglihatan.

“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.

“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.

“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya

Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shaki serta dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun, wanita itu terus diuji.

“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.

“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.

“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” dedah Anisa

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat rezeki sebagai pengedar barangan kosmetik bagi jenama tersebut dan pertaruhan menjual di aplikasi sosial media ternyata membuah hasil.

[VIDEO] Nahas Sungai Korok: Pengguna TikTok Tak Sengaja Rakam Pertemuan Singkat Dengan Dua Beradik

“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.

Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.

“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling.

“Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya.

Anisaokutiktok
https://lomp.at/1j4in
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara