Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Mula Keliru & Berbelah Bahagi Nak Percaya Caprice Atau UEL

by Puteri Alia
September 23, 2021
Foto - Instagram @capriceofficial/@ebitlew

Foto - Instagram @capriceofficial/@ebitlew

Share on Facebook

Jika sebelum ini ramai yang mencemuh dan mengkritik Caprice mengenai isu panas yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, namun kini ramai yang menghantar mesej maaf kepada penyanyi rap ini di media sosialnya.

Caprice Maafkan Netizen

Tular di media sosial Caprice bila mana penyanyi rap ini menerima mesej permohonan maaf dari individu-individu yang pernah mengecamnya sebelum ini disebabkan isu kontroversi ini.

Dalam mesej balas yang dikongsikan Caprice di Instagramnya, penyanyi rap ini terharu dan tidak menyangka orang ramai menghantar mesej maaf kepadanya.

Foto – Instagram @capriceofficial

“Allahuakbar. Terima kasih kamu semua, saya juga minta maaf menyakiti kamu juga.”

“Saya baca semua dm saya. Terus-terang saya nak berterima kasih sebab lakukan ini. Saya betul-betul rasa ‘breaking down’ dalam tangisan sekarang ini.

Mungkin sebab bercampur-baur, terlalu simpan banyak perasan selama 3 bulan ni.

Atau rasa macam sikit lagi nak bebas… Terima kasih untuk dm dan teks saya.”

Netizen ‘Sound’ Mereka Yang Pernah Kecam Caprice

Melihat perkongsian Caprice di Instagram, ramai pengguna media sosial yang menyokong Caprice bersuara terhadap orang-orang yang pernah menghentam Caprice. Perang debat di Twitter ini, berkongsi pelbagai pandangan wargamaya mengenai Caprice dan Ebit Lew.

Foto – Twitter

“Aku kalau Caprice yang bagitahu memang susah nak percaya. Tapi masalahnya yang latar belakang agama yang bagitahu.. Bukan seorang tapi ramai..”

“Makin rasa serba salah dekat Caprice sebab dulu beria-ria nak menangkan Ebit Lew”

Dari dulu aku memang dah berat sokong Caprice. Sebab aku rasa apa yang dia cakap tu memang 90% betul. Mana yang maki-maki Caprice tu nak tengok sikit.”

Berbelah Bahagi Nak Percaya Pada Siapa

Walaupun perang debat di Twitter agak rancak, namun ramai yang menyuarakan pandangan mereka untuk tidak memihak kepada sesiapa kerana isu hangat ini masih dalam siasatan polis.

“Tidak memihak pada Caprice atau Ebit.”

“Saya bukan menilai semua orang di sini, tapi sejak tak ada bukti kukuh dan bukti rasmi keluar, saya fikir kita semua tak patut kata apa-apa..”

Foto – Twitter

“Aduh serius do malas nak ambil tahu pasal Caprice dengan Ebit Lew ni. Selesaikan hal masing-masing sendiri-sendiri sudah.

Semua nak buat umum, acah-acah dua-dua baik je. Tak ada manusia dalam dunia ni yang sepenuhnya baik ya. Allah je yang simpan aib kita.”

“Dalam undang-undang pun selagi tak terbukti bersalah, jangan memandai bercakap atau buat spekulasi.. Tapi untuk Ustaz Firdaus Wong, biarkan polis buat kerja mereka.”

Buat masa ini hentikan sebarang spekulasi siapa salah dan siapa betul, biarkan pihak berkuasa jalankan tugas dan menyiasat kes kontroversi ini.

Kes Pendakwah TikTok RM12.3 Juta: Caprice Minta Berhenti Kaitkan Dengan Bangsa
capriceUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/up7v5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ako Mustapha Pilu Lihat Anak Trauma Selepas Menjadi Mangsa Buli Di Sekolah-“Hati Mana Yang Tak Hancur..”

by Naddy Joe
April 23, 2026

Tular di media sosial  apabila pihak polis mengesahkan telah menerima kes yang melibatkan anak pelakon, Ako Mustapha yang didakwa menjadi...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Perjelas Isu Luahan Maria Danisha, Lain Pula Reaksi Netizen?

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Foto - Aptamil™ KID
Lokal

Bella Astillah Kini Bergelar Duta Aptamil™ KID- “Bila Libatkan Anak, Saya Mahu…”

by Nurul A.
April 14, 2026

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah diumumkan sebagai duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID. Perlantikan ini menandakan kerjasama yang berteraskan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Kongsi Upacara Sembahyang Sebelum Masuk Rumah Baru, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
April 17, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyun mencuri perhatian netizen selepas adat keluarganya yang mengadakan upacara sembahyang sebelum berpindah masuk ke rumah baru....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara