Monday, September 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Kisah Kim Jong Kook Sebagai Selebriti Sebelum Menjadi Ahli Running Man

by Jash Lee
August 28, 2021
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Kim Jong Kook adalah seorang selebriti yang berasal dari Hapcheon, Korea Selatan dan juga selebriti TV yang dilahirkan pada 25 April 1976.

Sebelum ini Kim Jong Kook dikenali sebagai ahli duo Korea, Turbo dan akhirnya dia memutuskan untuk meneruskan karier secara solo. Selain menjadi penyanyi, Jung Kook juga banyak muncul didalam variety show seperti Running Man, Escape Crisis No 1, X-Man dan Family Outing. T

anpa membuang masa lagi, di sini kami senaraikan beberapa kisah hitam Kim Jong Kook semasa mula bergelar selebrit. Jom kita tengok!

1. Dikerah Dengan Kekerasan Sewaktu Bersama Turbo

via channel korea.com

Kim Jong Kook mula menceburkan diri dalam dunia hiburan sebagai ahli kumpulan Turbo bersama Kim Jung Nam. Band ini telah menjadi bintang yang sangat popular dalam industri hiburan Korea dan mampu menjual berjuta-juta unit album di seluruh Asia.

Jadual mereka juga sangat padat setiap hari sehingga menyebabkan kumpulan ini kerap jatuh sakit. Namun apa yang menyedihkan, bayaran yang diterima oleh mereka tidak setimpal dengan kerja mereka dan agensi yang mengaut keuntungan yang lebih banyak ketika itu.

Mereka sering dikerah dengan kekerasan apatah lagi jika mereka menolak salah satu dari jadual yang telah ditetapkan oleh agensi, mereka akan dipukul dengan teruk.

Kim Jong Kook dan Kim Jung Nam pernah bercadang untuk melarikan diri dari agensi tersebut, namun setelah agensi mendapat tahu, mereka telah diugut bahawa karier mereka selepas itu tidak akan kemana dan akan mati.

Apabila media cuba membuat liputan mengenai hal ini, Kim Jong Kook hanya memberi alasan bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana segala-galanya dikawal oleh pihak agensi. Jika tidak, mereka akan dipukul.

Dari kisah tersebut, ramai yang mula mengesyaki sesuatu dan merasakan ada yang tidak kena dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan pihak polis dan mereka mula melakukan siasatan.

Polis telah membuat penangkapan terhadap 2 orang bawahan dari agensi tersebut yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu menahu tentang apa yang telah terjadi selama Turbo menjadi artis dibawah agensi tersebut.

Namun, setelah beberapa siasatan telah dilakukan, akhirnya pihak polis menjumpai satu dokumen yang menunjukkan agensi tersebut telah menyalahgunakan pendapatan dari kerja keras Kim Jong Kook dan Kim Jung Nam untuk kepentingan mereka sendiri.

Setelah kes ini berakhir, mereka berdua akhirnya mengundurkan diri dan Kim Jong Kook memulakan karier sebagai artis solo.

2. Perjalanan Kariernya Menjadi Sukar Akibat Campur Tangan Dari Bekas Agensi.

via zapzee.net

Kim Jong Kook memiliki suara yang sangat unik dan tinggi. Disebabkan itu, ramai yang menggelarnya ‘suara nyamuk’. Dia telah menghasilkan banyak single yang hit. Selain itu, dengan memiliki bentuk tubuh yang sasa yang juga dianggap sebagai salah satu aset yang terbaik sebagai artis Korea.

Namun, setelah Turbo dibubarkan, Kim Jong Kook memulakan karier solonya sebagai penyanyi balada. Namun, dia menghadapi berbagai kesulitan antaranya sukar untuk mendapatkan komposer yang boleh dipercayai, kurangnya sokongan daripada agensi, dan harus mengubah selera peminatnya.

Semua ini adalah angkara agensi lamanya yang masih campur tangan dalam karier Kom Jong Kook dan ini juga antara alasan mengapa album pertamanya kurang mendapat sambutan di pasaran.

via Ig

3. ‘One Man’ Dan ‘Loveable’ Lagu Yang Menaikkan Semula Nama Kim Jong Kook

YouTube video

Lagu ‘One Man’ dan ‘Loveable’ antara lagu permulaan yang menaikkan semula nama Kim Jong Kook setelah lama dia bersusah payah untuk membersihkan reputasi karier seninya gara-gara agensi lamanya.

Disebabkan lagu ini jugalah Kim Jong Kook telah memenangi anugerah Artist Of The Year dalam rancangan Daesang dari 3 stesen terbesar Korea iaitu SBS, KBS dan MBC. Pencapaian seperti ini hanya dapat ditandingi oleh Jo Yong Phil pada tahun 80-an.

Kim Jong Kook juga telah mencapai kejayaan sebagai penyanyi solo berkat dari jualan album ketiganya ‘This Is Me’ yang telah terjual lebih daripada 350 ribu unit. Album ini dikeluarkan pada 1 Julai 2005 di bawah label CJ Music.

4. Bagaimana Kim Jong Kook Boleh Terjebak Dalam ‘Reality Show’?

via rafzantomomi.com

Pada tahun 2004, sahabat Kim Jong Kook iaitu Ha Dong Hoon atau lebih dikenali sebagai Haha telah memperkenalkan Jong Kook kepada seorang produser untuk turut serta dalam rancangan X-Man. Pada awalnya, produser tersebut kurang yakin kerana Jong Kook tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut namun akhirnya dia diberi peluang untuk mencuba dalam beberapa episod sehingga akhirnya dia diambil sebagai ahli tetap kerana prestasinya yang sangat baik.

5. Kim Jong Kook pernah digosipkan dengan seorang pelakon wanita terkenal Korea,  Yoon Eun-Hye.

via kpophit.com

Khabar angin ini telah tersebar setelah kedua-duanya menjadi anggota tetap di dalam program rancangan X-Man. Namun, disebabkan khabar angin itu juga, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat. Bukan saja X-Man, Kim Jong Kook juga banyak menyertai rancangan realiti yang lain seperti Family Outing (2008) dan akhirnya Running Man dari tahun 2010 sehingga sekarang.

Kim Jong Kook Dikecualikan Dari Menyertai ‘Military Service’

via Lowy Institute

Untuk pengetahuan anda, di Korea semua lelaki wajib menyertai ‘Military service’ kecuali ada beberapa sebab yang boleh dikecualikan dan antaranya ialah Kim Jong Kook yang telah dikecualikan kerana bapanya adalah seorang askar yang sangat berdisiplin dan diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari anaknya untuk tidak menyertai ‘military service’. Kim Jong Kook juga mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai pakar bedah.

Ramai yang mempersoalkan kenapa bapanya memilih Kim Jong Kook dan bapanya menegaskan bahawa dia memilih Kim Jong Kook kerana anaknya itu mempunyai masalah tulang belakang yang serius.  Walaubagaimanapun, Jong Kook tetap menyertainya namun bukan sebagai askar tetapi sebagai wakil untuk melaksanakan tugas-tugas amal selama 21 bulan.

via Soompi

5. Menjadi Ahli Tetap Dalam Rancangan Running Man

via Asiaone

Sejak pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan kini rancangan ini sudah pun 11 tahun bersiaran. Walaupun sudah beberapa kali menukar ahli, namun ‘chemistry’ antara setiap ahli tidak pernah berkurang sama sekali. Terkenal dengan permainan dan hukuman yang menarik, Running Man tidak pernah sepi daripada penonton. Lebih-lebih lagi setiap episod memaparkan aksi-aksi yang berbeza dan kelakar.

Dalam Running Man, Kim Jong Kook dikenali sebagai ahli yang paling menakutkan kerana tubuhnya yang sasa dan sukar untuk dikalahkan. Walaupun usianya sudah 45 tahun, namun dia tetap kelihatan muda dengan sejuta pesona dan senyuman yang manis. Dia juga digelar ‘Sparta Kook’.

kimjongkook
https://lomp.at/6iaet
Share47Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Afwa Nyanyi Lagu Matcha Atau Kopi Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem