Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Nak Suami Halal Atau Ada Hubungang Songsang’- Nora Ariffin & Anak Tiri Berbalas IG Stories

by Zaidin Albert
December 1, 2025
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu rumah tangga penyanyi tersohor, Nora Ariffin, kembali menjadi perhatian apabila beliau dan anak tiri dikatakan saling berbalas kenyataan di IG Stories. Semuanya tercetus selepas Nora berkongsi beberapa kenyataan yang dilihat seperti menyindir pihak tertentu, termasuk anak tirinya berkaitan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Sindiran ‘Suami Sah Atau Songsang?’

Baru-baru ini, Nora memuat naik satu kenyataan yang mengundang perhatian ramai:

“So sekarang ini cuba renung dan fikir sendiri. Anda nak suami kahwin lain secara sah & halal atau suami ada hubungan songsang?” – tulis Nora.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, warganet mula membuat spekulasi bahawa kenyataan itu ditujukan kepada individu rapat dalam kemelut rumah tangganya.

“Berani Kecam Di Media Sosial, Tapi Bila Ke Mahkamah…”

Dalam hantaran lain, Nora menegaskan punca keretakan rumah tangganya ada kaitan dengan ‘pihak tertentu’ yang tidak hadir dalam prosiding mahkamah.

“Budak zaman sekarang… berani kecam, caci, cakap macam-macam di media sosial saja. Tapi bila dipanggil ke mahkamah jumpa panel untuk bersemuka depan, tak berani, takut, macam-macam alasan diberi.”

Beliau turut menambah:

“Tidak berani hadir dan bersemuka dalam sesi hakam. Takut kerana salah!! Period!!”

Nada tegas Nora membuat ramai tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan.

Anak Tiri Tampil Jelaskan Situasi

Hasil tinjauan di IG Stories anak tirinya pula menunjukkan versi cerita yang berbeza. Menurutnya:

Dia bukan sengaja tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya sudah memaklumkan awal bahawa dirinya berada di Terengganu. Pihak hakam sendiri mencadangkan agar sesi dilakukan melalui panggilan WhatsApp, memandangkan jarak dan komitmen. Dia juga menegaskan tidak pernah menolak poligami, sekali gus menolak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Perbezaan kenyataan antara dua pihak ini membuatkan situasi menjadi semakin hangat dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin Nekad Keluar Dari Lingkaran Toksik Walau Suami Enggan Lepaskan

Rumah Tangga Yang Lama Bergolak

Isu membabitkan Nora dan suaminya, Dr. Rushdi, bukan perkara baharu. Ogos tahun lalu, beliau mengejutkan ramai apabila memuat naik video Dr. Rushdi melafazkan cerai. Bagaimanapun, pasangan itu kembali rujuk sebulan kemudian. Namun kemelut tidak berakhir di situ. Pada Mac tahun ini, Nora memfailkan permohonan cerai atas alasan campur tangan pihak ketiga.

Walaupun pelbagai kenyataan bersilang muncul di media sosial, apa yang pasti, isu rumah tangga ini masih dalam proses mahkamah. Semoga kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa menambah tekanan dalam keadaan yang sudah pun rumit.

nora ariffin
https://lomp.at/cxadj
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore