Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

by Phic ARMAN
March 3, 2026
Share on Facebook

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes ini bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Dari Lembut Tutur Kata Ke Kontroversi Besar

MURAI sendiri terdiam bila membaca pendedahan pendakwah Firdaus Wong mengenai Vikneswaran a/l Selvanathan. Menurutnya, individu ini sebelum ini digambarkan sebagai seorang yang sopan santun, lembut tutur kata dan tidak menunjukkan sikap agresif. Malah, katanya lagi, Vikneswaran yang beria-ia menghubunginya di Instagram, mesej bertalu-talu kerana mahu dibimbing memeluk Islam. Kesungguhan itu yang buat ramai terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dilaporkan Peluk Islam April 2025, Guna Nama Muhammad Zain

Lebih mengejutkan, Vikneswaran didakwa memeluk Islam pada 20 April 2025 dan menggunakan nama Muhammad Zain. MURAI faham kenapa ramai persoalkan perubahan drastik ini. Firdaus sendiri mengakui terkejut dan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku? Adakah diprovokasi, dihasut atau ada perkara lain yang kita tidak tahu?

Foto – Instagram @firdauswong

Gambar Di Threads Cetus Kemarahan Ramai

Kontroversi tercetus selepas tular gambar memijak al-Quran yang dimuat naik di aplikasi Threads menggunakan nama akaun “ryandaselva”. Tindakan itu disifatkan melampau kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh menggugat keharmonian negara. MURAI tak nafikan, isu agama memang perkara serius yang tak boleh dipandang ringan.

Kerajaan Kecam, Siasatan Diarah Tanpa Kompromi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkannya sebagai biadab serta menghina agama Islam. Beliau mengarahkan siasatan segera oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) yang akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia. Tegasnya, tiada kompromi dalam isu menyentuh sensitiviti agama.

Ditahan & Bakal Didakwa 3 Mac 2026

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah ditahan bagi membantu siasatan. Vikneswaran dijangka didakwa pada 3 Mac 2026 atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MURAI nak pesan satu saja, dalam isu sensitif seperti ini, biar undang-undang jalankan tugas. Emosi mungkin memuncak, tapi keharmonian negara lebih utama.

Vikneswaran a/l Selvanathan
https://lomp.at/u2gsx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

SuaraNETZ

Chicken Popcorn Tak Sampai 20 Ketul, Pelanggan Luah Rasa Kecewa

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Satu perkongsian di Reddit mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelanggan mendakwa menerima kurang daripada 20 ketul popcorn chicken walaupun membuat...

Read moreDetails
Insentif

Pelakon Tempatan Bakal Nikmati Royalti Pertama, SENIMAN Usahakan Badan Kutipan Khas

by Ayu Kamaruddin
January 12, 2026

Dunia seni lakon tempatan bakal menyaksikan satu langkah baharu yang cukup dinanti-nantikan. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kini giat merancang penubuhan...

Read moreDetails
via e.central/ freepik
Sosial Buzz

Isu T&C Rembayung Undang Reaksi Netizen, Ada Yang Sokong, Ada Yang ‘Triggered’

by Naja Nix
January 5, 2026

Sebuah bebenang di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila menyentuh soal terma dan syarat (T&C) tempahan restoran Rembayung milik pempengaruh dan...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Berita baik buat jutaan rakyat Malaysia apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bakal mula disalurkan bermula esok...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Gangguan LRT Cetus Resah, Penumpang Luah Rasa Kecewa

by Naja Nix
February 10, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila beberapa pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan berdepan gangguan perkhidmatan LRT....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore