Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Diiktiraf Oleh ‘Malaysia Book of Records’, Jom Lihat Himpunan Gambar Dekorasi Raya Mengagumkan Di KLCC

by Phic ARMAN
April 18, 2022
Share on Facebook

Wahh!, Nampaknya mana-mana gedung membeli-belah di seluruh Malaysia berlumba-lumba menghias ruang legar mereka dengan dekorasi hari raya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menawarkan epelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman.

Pada 15 April 2022 yang lalu, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Esplanade KLCC. Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadhan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.

Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd; Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen.

“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 – Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan,” ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau.

Penampilan pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.

Bersesuaian dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita.

KLCC Jadi Saksi Rezeki Dua Kali Berturut! Menang RM5,000 Tahun Lepas, Kini RM10,000 Pula

Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga juga turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk.

Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall.

Para pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 1 Mei dimana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.

Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ yang mana pengunjung boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial.

Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri.

Kemuliaan Ramadhan turut di perhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022. Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan.

Program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021. Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia.

[VIDEO] "Nenek Cakap Aura Dia..." - Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC

Untuk info lanjut, layari: www.suriaklcc.com.my dan di Facebook www.facebook.com/SuriaKLCCMall

klccRaya KLCC
https://lomp.at/wfr8o
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara