Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Kolaborasi Tourism Malaysia & AEON Mall Beri Impak Besar, Lebih Meriah!

by Zaidin Albert
December 2, 2025
Share on Facebook

Black Friday Midnight Sale 2025 anjuran AEON Mall sudah pun melabuhkan tirainya, tetapi kemeriahannya masih segar dalam ingatan ramai pengunjung. Diadakan serentak di AEON Mall Cheras Selatan, Kuching Central, Tebrau City, Bukit Mertajam dan Ipoh Station 18, acara tahun ini dianggap antara yang paling ‘happening’. Ia juga menjadi kemuncak kepada kempen Black November, hasil kerjasama dengan Tourism Malaysia yang berjaya menarik perhatian keluarga, belia dan pelancong.

Black November Yang Sarat Aktiviti

Sepanjang November, AEON Mall mencipta suasana yang lain daripada biasa. Mall dihias dengan tema Black & Magenta yang bold, selain menawarkan pengalaman interaktif seperti koleksi 100 Black Pick Items dan Pony Charms yang laris direbut. Pelanggan yang datang awal bulan lalu turut menikmati pelbagai promosi, aktiviti komuniti dan sesi ‘engagement’ yang memberi mood bersedia menjelang malam kemuncak.

Menurut Munirah Azmi, Co-Chief Operating Officer AEON Mall, kempen kali ini bukan sahaja tentang membeli-belah. Ia adalah gerakan untuk menghidupkan semula semangat komuniti, sambil memberi ruang kepada orang ramai untuk berkumpul dan mencipta memori. Dan daripada apa yang berlaku sepanjang kempen, misi itu ternyata tercapai.

Malam Kemuncak Yang Penuh Detik Mengejut & Riuh

Apabila tiba hari besar, lima pusat membeli-belah AEON sekali lagi diserbu orang ramai. Diskaun sehingga 70% menjadi antara punca utama, namun yang mencuri tumpuan adalah detik ‘1,000-Balloon Drop’ yang berlangsung awal malam. Saat belon-belon meletus dan hadiah berterbangan, jeritan dan gelak tawa langsung menghidupkan suasana.

Topik Berkaitan Pelancong Sampai Terus Disambut Dodol! Tourism Malaysia Meriahkan Kaamatan & Gawai

Cabutan bertuah pula muncul sebagai highlight penting. Ramai pengunjung teruja apabila pemenang diumumkan satu persatu, termasuk pakej percutian, baucar AEON dan hadiah daripada tenant.

Bagi yang gemarkan aktiviti, Zumba dan Pound workout memastikan crowd kekal bertenaga. Coffee break percuma pula jadi ‘pit stop’ popular sebelum mereka sambung shopping.

Kolaborasi Dengan Tourism Malaysia Beri Impak Besar

Kerjasama AEON Mall bersama Tourism Malaysia jelas memberi nilai tambahan. Penyertaan rakan pelancongan seperti EU Holiday dan Rapid Penang membantu menghubungkan pelancong tempatan dengan komuniti sekitar, menjadikan acara ini lebih bersifat inklusif.

Melihat kembali apa yang berlaku malam itu, jelas ia bukan sekadar jualan murah. Ia adalah malam yang menyatukan orang ramai, dan meninggalkan memori manis buat semua yang hadir.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AEON MALLAEON Mall Cheras SelatanBukit MertajamKuching CentralTebrau Citytourism malaysia
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara