• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Kolabrasi CSR AWESOME TV, KAPB Dalam Program ‘IHSAN KITA’

by Phic ARMAN
April 2, 2023
Share on Facebook

Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, pihak Awesome TV sekali lagi  menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau KAPB dalam memperluaskan usaha menyantuni komuniti yang kurang bernasib baik termasuklah golongan anak yatim, asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas, orang buta serta pesakit dialisis menerusi perlaksanaan program
tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Ihsan Kita’.

Liputan aktiviti kemasyarakatan dalam program CSR ‘Ihsan Kita’ yang turut diserikan lagi dengan penglibatan barisan selebriti tanahair seperti Izzue Islam, Fimie Don, Mamak Puteh, Nizam Jentik-Jentik, Harris Alif, Danny Soda, Justin Ang dan Kamalia Jamaludin akan dizahirkan menerusi lapan buah episod khas yang bakal ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.00 petang secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula 1 April 2023.

Bagi menjayakan inisiatif amal tersebut, pihak KAPB dengan berbesar hati memperuntukkan sumbangan zakat berjumlah RM80,000 untuk diagihkan kepada lapan buah badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih iaitu Yayasan Orang Buta Malaysia (Brickfields), Rumah Perlindungan Al-Nasuha (Gombak), Rumah Titian Kaseh (Titiwangsa), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia (Keramat), Pertubuhan Kebajikan Darul
Jariyah (Rawang), Yayasan Chow Kit (Kuala Lumpur), Yayasan Islam Darul Ehsan @ Pusat Dialisis MAIS (Kuala Selangor) dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia (Putrajaya).

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia (Keramat),
Yayasan Chow Kit (Kuala Lumpur)

Setiap badan kebajikan berkenaan menerima sumbangan ikhlas sebanyak RM10,000 yang diharap dapat membantu meringankan beban penerima. Bagi memupuk semangat kebersamaan sekaligus mendekati masyarakat setempat, kakitangan KAPB juga turut samasama menyertai pelbagai aktiviti kebajikan yang diadakan di setiap lokasi penyerahan sumbangan ‘Ihsan Kita’.

Mengulas lanjut mengenai program CSR ‘Ihsan Kita’, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata,

“Kehadiran Ramadan sememangnya amat dinantikan kerana pada bulan ini kita berpeluang untuk meningkatkan lagi amalan kita dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan.

Selaku stesen televisyen yang prihatin, pihak Awesome TV memainkan peranan besar dalam mengambil langkah proaktif untuk menyokong sebarang usaha murni yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat di luar sana.

Inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ seperti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk mendekati dan berbakti kepada masyarakat yang dilihat menepati simbolik tema kempen Ramadan tahun ini iaitu ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KAPB di atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program amal ini. Pihak Awesome TV amat menghargai kesungguhan dan komitmen syarikat korporat seperti KAPB yang wajar dicontohi oleh semua. Besar harapan kami agar kerjasama murni ini dapat dipanjangkan lagi untuk tahun-tahun yang seterusnya.”

Sahidi Mohamad selaku Ahli Lembaga Koperasi merangkap Setiausaha Kehormat KAPB turut berkata, “Seiring dengan slogan KAPB, ‘Rezeki Berbeza Dikongsi Bersama’, kami amat komited dalam melaksanakan inisiatif sosial berimpak tinggi yang melibatkan pembangunan dan kelestarian masyarakat sejak koperasi mula ditubuhkan pada tahun 2014 sehingga kini.

Sebagai sebuah koperasi yang bertanggungjawab, KAPB juga banyak menyalurkan sumbangan ikhlas daripada segi wangtunai, keperluan asas dan tenaga serta aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang turut disertai oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan syarikat secara konsisten untuk mempertingkatkan kesejahteraan serta kualiti kehidupan komuniti setempat.

Bagi merealisasikan hasrat kami untuk mengadakan program CSR yang efektif dalam skala yang lebih besar untuk tahun ini, kami menjalinkan usaha sama strategik dengan pihak Awesome TV menerusi program ‘Ihsan Kita’ yang dilihat mampu membuka jalan kepada badan-badan kebajikan terlibat untuk meningkatkan  ketersediaan mereka dalam mendepani apa jua cabaran demi kelangsungan hidup seharian. ”

KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Antara kelebihan utama melabur dengan KAPB adalah dana yang terkumpul akan diuruskan oleh pengurus dana professional yang berpengalaman dalam mengendalikan isu hal ehwal pelaburan. Setiap pelaburan yang dibuat oleh KAPB juga patuh Syariah.

Dengan dana pelaburan minimum serendah RM1,000 sahaja, setiap ahli berpeluang untuk menikmati pelbagai pulangan menarik. Selain menawarkan agihan pulangan dividen yang tinggi (8%-15%), KAPB turut menawarkan khairat kematian sebanyak RM3000 buat setiap ahli. Lebih menarik lagi, KAPB juga turut menawarkan bantuan bencana alam dan lain-lain faedah.

Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah ArRahnu, hartanah, marin, penerbangan, media, perkhidmatan kewangan, otomotif, e-hailing, dan tenaga boleh diperbaharui.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan berkenaan KAPB boleh menghantar e-mel ke enquiry@kapb.com.my atau melayari laman rasmi www.kapb.com.my

awesome tv
https://lomp.at/k0kpm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore