Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia Bakal Bergema 5 & 6 Ogos 2023

by Aphit J.
June 10, 2023
Share on Facebook

Tidak ada yang lebih indah daripada menghargai dan memberi apresiasi terhadap perkara-perkara terdahulu yang pernah bergulir dalam hidup.

Genre Berpengaruh

via OPR Network

Ini termasuklah kekal memberi penghargaan terhadap  muzik yang terlebih dahulu membuat pendengar senang hati, mengubat lara seterusnya menjadi genre yang akhirnya diminati sehingga kini.

Salah satu genre muzik yang cukup berpengaruh dalam kalangan masyarakat kita adalah irama keroncong.

Diiringi Orkestra Keroncong Irama Perindu

via OPR Network

Menyifatkan Keroncong mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, pihak Irama Studios menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan  Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycreative Ventures Sdn Bhd.

Lebih mengujakan persembahan para penyanyi dalam Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan diiringi oleh pemuzik yang cukup berprolifik dari  Orkestra Keroncong Irama Perindu.

Barisan Penyanyi Yang Hebat

via OPR Network

Maka tidak hairan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini dijayakan oleh penyanyi yang cukup ikonik dengan irama Keroncong iaitu Dato Yusni Hamid.

Bersama Yusni, Dato Khadijah Ibrahim akan ikut berdendang bersama Dato Awie dan Datin Alyah. Ini ditambah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan Han Byul.

Berlangsung Di Istana Budaya

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos 2023.

[VIDEO] Tok Ram Bantu Datin Alyah Jual Tudung, Netizen Teruja Lihat Sokongan Suami

Tiket-tiket konsert boleh dibeli mulai 12 Jun 2023 menerusi www.ilassoticket.com.my dan harga tiket bermula RM588.00, RM388.00, RM288.00, RM188.00 & RM88.00

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datin AlyahDato Khadijah IbrahimDato' AwieHan Byul
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara