Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Datang Malaysia Oktober Ini! 6 Fakta Menarik Cha Eunwoo Peminat Harus Tahu

by Zaidin Albert
July 26, 2019
Share on Facebook

Berita gembira buat peminat K-Pop di luar sana! Bintang K-pop tampan, Cha Eunwoo dikhabarkan bakal mengunjungi Malaysia tidak lama lagi. Sejak beberapa hari yang lepas, tanda pagar #TanyaChaEunwoo telah tular di media sosial dalam kalangan peminat-peminat tanah air, sekaligus meningkatkan lagi spekulasi tentang kunjungan Cha Eunwoo ke sini.

Tanda pagar tersebut telah dibanjiri dengan berbagai spekulasi serta soalan ditujukan buat penyanyi yang juga pelakon yang semakin meningkat naik ini. Jejaka berusia 22 tahun ini telah meraih populariti dalam masa yang amat singkat.

Memulakan langkah dalam industri muzik K-Pop melalui kemunculannya bersama kumpulan Astro pada tahun 2016, beliau kemudiannya memulakan langkah kanan dengan membuat kemunculan dalam beberapa rancangan aneka ragam di Korea Selatan seperti rancangan “Law of the Jungle”. Dia juga mengorak langkah dengan membintangi beberapa drama televisyen dan drama web sebelum namanya semakin popular selepas membintangi siri televisyen siaran JTBC, “My ID is Gangnam Beauty” pada tahun 2018.

Lakonan berkesannya sebagai Do Kyungseok untuk siaran drama yang diadaptasi daripada webtoon oleh Naver pada tahun 2016 tersebut telah berjaya menambat hati peminat-peminat K-Drama. Projek terbaru beliau, siri drama MBC bertajuk “Rookie Historian Goo Haeryung” bakal disiarkan pada bulan Julai 2019.

Bersempena dengan kunjungan Cha Eunwoo ke Malaysia, berikut merupakan fakta-fakta menarik tentang beliau yang peminat harus tahu:

Nama sebenar

Sesetengah peminat pasti terkejut mendapat tahu bahawa nama Cha Eunwoo hanyalah nama pentas yang dibawa oleh beliau. Nama sebenar beliau ialah Lee Dongmin.

Nama samaran

Beliau dikenali sebagai “Morning Alarm” (Penggera Pagi) dalam kalangan ahli-ahli kumpulan Astro. Hal ini kerana beliau adalah yang terawal untuk berjaga pagi dan bertugas untuk mengejutkan ahli-ahlinya yang lain.

Kurniaan bakat

Selain menambat hati peminat dengan bakat nyanyiannya, beliau juga berbakat memain alat-alat muzik seperti gitar, piano dan juga violin.

Sahabat selebriti

Beliau telah menyebut bahawa model contohnya ialah pelakon Seo Kangjoon. Kemudiannya, Seo dan Cha tidak lama kemudian telah menjadi sahabat baik. Selain itu, beliau juga amat rapat dengan kalangan kumpulan yang dikenali sebagai “97-liner” (kumpulan idola lelaki yang dilahirkan pada tahun 1997) termasuk Mingyu, DK dan The8 (SEVENTEEN), Yugyeom dan Bambam (GOT7) serta Jungkook (BTS).

Pra-kemunculan

YouTube video

Sebelum memulakan karier nyanyiannya bersama kumpulan Astro, Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang model untuk syarikat komunikasi Naver pada tahun 2013 hingga 2014. Wajahnya yang kacak itu dikenali secara meluas sebelum mengorak langkah dalam bidang lakonan untuk beberapa siri drama dan siri web.

Kemunculan sulung beliau di layar lebar buat masa ini ialah penampilan istimewanya sebagai anak kepada pasangan suami isteri lakonan Song Hyekyo dan Kang Dongwon dalam filem “My Briliiant Life” (2014).

Rupa paras menawan

Cha Eunwoo sememangnya dikenali dalam kalangan peminat industry hiburan Korea dengan raut wajahnya yang tampan. Walaupun raut wajahnya seolah menunjukkan yang beliau sukar didekati, namun begitu beliau merupakan seorang yang amat peramah.

Oleh kerana wajah kacak beliau itu, beliau telah tergolong sebagai antara penyanyi idola yang mempunyai rupa paras yang menawan. Selain itu, raut wajah tampan beliau sering dibandingkan dengan karakter anime sebenar.

Dikenali dalam bahasa Korea sebagai “ManJjitNam”, perkataan tersebut bermaksud seorang lelaki yang muncul dari buku komik. Dalam erti kata lain, karakter lelaki tampan yang muncul dalam buku komik bergenre romantic yang khusus ditujukan buat golongan gadis muda.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).

Jadual Pembelian Tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau). AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf Cha Eun-Woo dengan pembelian tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah!

Jangan lepaskan peluang mendaftar MMspot pada hari pra-jualan tiket untuk menebus 4 x EVP60 (e-baucar MacpiePro bernilai RM60) dan boleh digunakan serta-merta.

Diskaun 30% 

Demi merealisasikan misi korporat “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memperkenalkan “HITS” kepada penggemar muzik. Peminat muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga asal tiket apabila mereka melanggan salah satu daripada tiga pelan tahunan pascabayar “HITS Plan”.

HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli 4 tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan harga diskaun tetapi bersyarat. Fans boleh membeli tiket pertama dengan 30% diskaun dan tiga lagi tiket tambahan sebanyak 10% diskaun (Zon Merah RM543 sahaja) dengan jaminan kemasukan.

Cha EunwooCha Eunwoo di kuala LumpurFakta Cha EunwooHarga Tiket Cha EunwooInstagram Cha EunwooKonsert Cha EunwooLokasi Konsert Cha EunwooTIket Cha Eunwoo
https://lomp.at/80657
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore