Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Konsert Ella di Pulau Pinang Tukar Lokasi & Tarikh, Penganjur Jelaskan Sebab Di Sebalik Keputusan

by Phic ARMAN
June 15, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat Ratu Rock negara, Ella, perlu mengambil maklum bahawa konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru kini akan berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2026, berbanding tarikh dan lokasi yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Hitman Solutions dan Rockqueen, perubahan itu dibuat bagi memastikan pengalaman konsert yang lebih selesa, berkualiti dan bermakna buat peminat yang bakal menyaksikan kepulangan istimewa Ella ke negeri kelahirannya.

Pengalaman Lebih Imersif Buat Peminat

Pemilihan Setia SPICE Arena dilihat sebagai pilihan terbaik kerana menawarkan susun atur yang lebih dekat dengan pentas, sistem akustik yang lebih baik serta perlindungan daripada faktor cuaca.

Lebih istimewa, venue tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah menjadi lokasi konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menghimpunkan lebih 14,000 peminat suatu ketika dahulu.

Tarikh Baharu, Tiket Kekal Sah

Menurut penganjur, perubahan lokasi turut didorong oleh permintaan peminat yang mahu merasai semula kemeriahan konsert di venue berkenaan.

Walaupun tarikh asal yang dirancang adalah pada 25 Julai 2026, faktor ketersediaan venue menyebabkan 22 Ogos dipilih sebagai tarikh baharu.

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang telah dibeli kekal sah dan akan dipindahkan secara automatik ke tempat duduk setara tanpa sebarang kos tambahan.

Ramli Sarip & Ziana Zain Turut Sertai

Menambahkan keterujaan, konsert sempena ulang tahun ke-60 Ella itu bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan istimewa, manakala beberapa lagi nama akan diumumkan dalam masa terdekat.

Topik Berkaitan [VIDEO] Gelagat 'Random' Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri

Peminat juga digalakkan tampil mengikut tema “90’s Glam Rock: Battle of The Bands” yang mengimbau era kegemilangan Ella dan rock tempatan pada tahun 90-an.

Ella Teruja Bertemu Peminat Utara

Mengulas mengenai perubahan tersebut, Ella berkata keutamaannya sentiasa untuk memberikan pengalaman terbaik kepada peminat.

“Saya sangat teruja untuk kembali bertemu peminat di Utara yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” katanya.

Untuk rekod, kempen Peace, Love & Rindu turut diteruskan apabila RM2 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih. Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi Hitman Live serta media sosial Hitman Solutions.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
ellaMajlis Tertinggi Rockqueen Ellaramli saripziana zain
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Spotlight

4 Drama Baharu TV AlHijrah Ini Bawa Cerita Islamik Dengan Cara Berbeza

by Phic ARMAN
September 11, 2026

Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah...

Read moreDetails
China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara