Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Air Mata Ziana Zain Mengalir Semasa Konsert Bersama Anuar Zain?

by Phic ARMAN
August 10, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Ziana Zain dilihat begitu sebak setelah melihat wajah kedua-dua ibubapanya Zin Abdullah dan Robiah Abdul hadir menyaksikan Konsert bersama adiknya Anuar Zain, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC pada 6 Ogos yang lalu.

Menurut Ziana, dia bersyukur kerana kedua-dua ibubapanya dikurniakan kesihatan yang baik untuk hadir ke konsert untuk memberi sokongan. Difahamkan bapanya Zain Abdullah kini berusia 85 tahun, manakala ibunya Robiah berusia 70an. Siapa sangka ini merupakan kali kedua ibu bapanya hadir menyaksikan konsert sepanjang beliau bergelar anak seni.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kata Ziana kepada media, kali pertama ibubapanya menemaninya membuat persembahan pada tahun 1996, iaitu Konsert Ziana Zain’s Unplugged. Ia merupakan konsert solonya yang pertama yang diadakan di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kira-kira 2,500 peminatnya telah membanjiri lokasi yang kini digelar KL Live itu untuk melihat diva ini beraksi.

“Saya bersyukur kerana ibu bapa ibu bapa kami dapat menonton kami berdua di atas pentas dalam sebuah konsert. Kali terakhir mereka menemani saya di Konsert Ziana Zain’s Unplugged pada tahun 1996”- katanya dengan nada sebak.

Selain ibu bapa, konsert ini turut serta dua anak teruna Ziana yang setia menemani hingga ke penghujung acara.

Konsert bermula agak lewat sedikit iaitu  bermula jam 9 malam dibuka dengan memaparkan video temuramah ibubapa mereka di layar kemudian disusuli perkongsian wajah Anuar dan Ziana ketika usia kecil hingga dewasa. Dua lagu rancak, Sangkar Cinta dan Bila Resah yang disampaikan dengan penuh bertenaga oleh pasangan ini.

Sepanjang tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, tetapi seringkali mengambil kesempatan berkomunikasi dengan penonton sambil memberikan cenderahati.

Sepanjang konsert, kebanyakkan lagu adalah permintaan peminat antaranya Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu, Madah Berhelah dan lagu yang belum pernah dinyanyikan dalam mana-mana persembahan iaitu Terlerai Kasih.

Manakala Anuar pula memilih lagu Ketulusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta. Untuk lagu duet pasangan ini menyanyikan lagu Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan yang menjadi lagu penutup konsert itu.

Di penghujung konsert, mereka turut mengumumkan konsert itu bakal dibawa ke Singapura pada 24 September depan.

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan
anuar zainziana zain
https://lomp.at/nhucm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara