Saturday, August 30, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Kopi Jantan Ditarik Balik Di Amerika Kerana Mengandungi Bahan Seperti Viagra

by Phic ARMAN
July 21, 2017
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Kopi sememangnya menjadi kegemaran orang ramai bagi merangsang minda untuk menjalani kehidupan harian, tetapi tidak pada produk “New of Kopi Jantan Tradisional Natural Herbs”.

Sebuah syarikat di Texas menarik balik produk kopi tersebut selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) menyuarakan kebimbangan terhadap kewujudan Tongkat Ali dalam produk itu.

Menurut laporan dari Food Safety News, Kopi Bestherbs secara sukarela menarik balik semua produk itu yang dijual antara Julai 2014 hingga Jun 2016 kerana mengandungi bahan tidak diisytihar termasuk desmethyl carbodenafil, yang berstruktur serupa dengan sildenafil, bahan aktif dalam Viagra.

Walaupun Viagra adalah ubat preskripsi yang diluluskan FDA untuk merawat mati pucuk, agensi itu bagaimanapun bimbang dengan potensi desmethyl carbodenafil boleh menyebabkan tekanan darah turun ke “paras berbahaya”.

Dalam kenyataan yang dipetik akhbar itu, ia juga menyuarakan kebimbangan berhubung interaksi antara bahan itu dan nitrat yang didapati dalam ubat preskripsi seperti nitrogliserin.

“Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau penyakit jantung sering mengambil nitrat,” kata FDA.

Walaupun tiada penyakit telah dilaporkan setakat ini, FDA melaporkan bahawa pengguna digesa untuk membuang produk dengan serta-merta dan menghubungi doktor mereka.

Sumber FDA

Kopi Bestherbskopi jantan diharamkan di amerikaNew of Kopi Jantan Tradisional Natural Herbstongkat aliviagra
https://lomp.at/9ensa
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

  3. 3

    Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima, Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    [VIDEO] Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa, Curi Perhatian Netizen-“Saya Jeles Laa.”

  5. 5

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem