Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Kreatif! Helah Terbaru Ah Long Edar Iklan Mirip Surat Saman

by Zaidin Albert
January 3, 2018
Share on Facebook

Sudah menjadi kebiasaan untuk dilihat apabila risalah pengiklanan pinjaman wang diedarkan secara terbuka di tempat-tempat awam.

Namun kali ini, suatu pendekatan yang lebih kreatif dari, “Ah Longs” (gelaran untuk peminjam wang tanpa lesen) telah mengedarkan risalah yang kelihatan sama seperti saman trafik yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Mereka menggelarkan diri sebagai “Malaysia Pinjaman Berlesen Agency (MPBA)”, telah meletakkan risalah pada cermin dan pintu kereta.

Untuk mengelakkan orang ramai tertipu atau keliru, Facebook rasmi MBPJ telah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan skim tersebut.

Kenyataan dari majlis bandar raya itu berbunyi:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggesa orang ramai supaya berhati-hati terhadap penggunaan logo yang menyerupai logo Majlis yang telah disalahgunakan bagi tujuan mempromosi perniagaan, produk, laman sesawang, program perlaburan dan agensi pinjaman berlesen.

Majlis telah mendapati terdapat risalah-risalah yang mengandungi logo seakan-akan logo rasmi Majlis telah tersebar di sekitar Seksyen 52, Petaling Jaya. Bukan sahaja penyalahgunaan logo, malah rekaan bentuk risalah berkenaan juga seakan-akan seperti kertas kompaun yang digunapakai oleh MBPJ.

Majlis ingin menegaskan bahawa kami tidak sekali-kali mempunyai kaitan dengan agensi dan iklan risalah berkenaan. Majlis akan mengambil tindakan yang tegas terhadap penggunaan logo dan reka bentuk risalah yang mengelirukan itu. Majlis juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia Pinjaman Berlesen Agency (MPBA) tidak mempunyai lesen untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dan promosi.

Satu laporan polis telah dibuat pada 29 Disember 2017 dan Majlis menasihati kepada orang awam agar tidak terkeliru dengan kandungan risalah tersebut.

Sumber :  Facebook MBPJ Via Hype.my

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ah long
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara