Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

KWSP Nak Bagi Pencen Bulanan? Jangan Panik, Ini Yang Perlu Anda Fahamkan

Tapi sebelum kalian panik fikir duit tak boleh keluar langsung nanti, jom kita explain dulu apa sebenarnya skim baru ni.

by Phic ARMAN
August 8, 2025
Share on Facebook

Pernah tak kalian terfikir, “Macam mana lah duit KWSP aku nanti? Boleh ke survive sampai tua?” Haa… jangan risau, KWSP ada plan yang tengah ‘dibrew’ sekarang nii dan ia mungkin boleh bantu kalian jamin masa depan yang lebih chill dan tenang masa hari tua nanti.

Tapi sebelum kalian panik fikir duit tak boleh keluar langsung nanti, jom kita explain dulu apa sebenarnya skim baru ni.

KWSP Nak Bagi Duit Bulanan Macam Pencen?

Yes, more or less. Sekarang ini kerajaan tengah kaji satu cadangan, nak perkenal skim KWSP yang bayar secara berkala, macam sistem pencen. So instead of kalian keluarkan semua duit lepas bersara dan habis dalam masa dua tahun sebab excited beli motor besar, renovate rumah, atau pergi trip ke Jepun, duit tu akan dibayar sikit-sikit, macam gaji bulanan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, idea ni bukan suka-suka je. Ia datang dari realiti, kos sara hidup makin tinggi, jangka hayat rakyat Malaysia makin panjang, tapi simpanan KWSP? Haa… tak semua cukup.

So, Macam Mana Skim Ini Nak Berfungsi?

Cadangan ini masih dalam peringkat kajian tau,  belum confirm lagi. Tapi kalau jadi, KWSP akan ada dua jenis simpanan bila kalian capai umur bersara nanti:

  • Simpanan Fleksibel – yang ni kalian boleh keluarkan bila-bila masa. Nak guna untuk melancong ke Korea lepas pencen? Boleh je.
  • Simpanan Pendapatan – yang ni akan dibayar secara berkala, mungkin bulanan, supaya kalian ada duit belanja tetap macam pencen.

Smart kan? Taklah semua habis dalam masa singkat lepas bersara. Boleh bantu juga dari segi pengurusan kewangan yang lebih teratur masa tua.

@beritartm

Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu tersebut. Ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada strukur baharu itu secara sukarela. ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ ‘Yang sahih di RTM’ #MalaysiaMadani #BeritaRTM #taatsetia #TaatSetia #RTM

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

Jangan Risau – Yang Lama Tak Terjejas!

Kalau kalian dah pun mencarum sekarang dan cuak takut tiba-tiba tak boleh keluarkan duit, relaks dulu. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dah maklumkan bahawa skim ni hanya untuk ahli baharu lepas tarikh pelaksanaan nanti. Tapi kalau kalian existing member dan rasa skim baru ini best, boleh pilih nak join. Sukarela je, bukan paksaan.

So ya, tiada siapa rampas hak kalian mahu keluarkan duit macam sekarang. Fuhh…

Masih Dalam Proses Kajian – Belum Muktamad

Untuk sekarang, belum ada perubahan lagi pun. Peraturan pengeluaran KWSP masih macam biasa. Tapi inisiatif ini merupakan antara yang dibincangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan KWSP sendiri sokong idea ini untuk masa depan persaraan yang lebih stabil.

Macam Mana Nak Tahu Info Lanjut?

Kalau kalian jenis suka updated dan tak mahu tertinggal info penting, boleh follow saluran rasmi KWSP:

Facebook KWSP
Laman web rasmi: www.kwsp.gov.my

Duit KWSP ini bukan sekadar ‘duit tua’ tapi ia sebenarnya penyelamat masa depan. Kalau sistem pencen bulanan ini jadi realiti, mungkin kalian tak perlu risau sangat untuk cari kerja part time lepas umur 60 tahun.

So… nak pencen dengan tenang? KWSP tengah usahakan jalannya.

i-Suri KWSP 2025: Kerajaan Beri Insentif Sehingga RM300 Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizankwsp
https://lomp.at/6gb4o
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara