Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

i-Suri KWSP 2025: Kerajaan Beri Insentif Sehingga RM300 Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah?

by Nurul A.
August 15, 2025
Foto - eCentral

Foto - eCentral

Share on Facebook

Murai nak tanyalah pada golongan suri rumah dan ibu tunggal, adakah kamu pernah dengar tentang i-Suri KWSP 2025 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Kalau tidak, kamu berada di tempat yang betul! Ini kerana Murai nak kongsikan dengan kamu, jika mencarum di KWSP melalui i-Suri, kamu berpeluang untuk menerima insentif khas  sehingga RM300 setahun daripada pihak kerajaan.

Nak tahu bagaimana caranya?

Sebelum itu, apakah Insentif i-Suri?

Buat yang tidak tahu, i-Suri KWSP ini adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuklah suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Mereka yang sudah mendaftar akan layak menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Foto – Mysumber / eCentral

Syarat kelayakan untuk golongan berkaitan mendaftar i-Suri KWSP 2025 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini

Untuk mencarum pula, tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri KWSP bagi tahun 2025. Bagaimanapun, ahli KWSP digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan bagi melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Cara Mendaftar i-Suri KWSP 2025

Bagi ahli yang tersenarai dalam eKasih setakat senarai terkini boleh mendaftar melalui:

  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
  • Pendaftaran kendiri melalui aplikasi KWSP i-Akaun, secara dalam talian di web KWSP dan pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  • Hadir ke pejabat KWSP berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)). [MUAT TURUN BORANG]
Topik Berkaitan Isu Gaji RM5 Sejam Dipersoal, KWSP & PERKESO Bukan ‘Benefit’ Seperti Didakwa

Bagi individu yang ingin mendaftar, kamu memerlukan beberapa dokumen seperti:

  • MyKad
  • Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/ iSuri – KWSP 16G (M)
  • ​Borang Bayaran Caruman i‑Saraan/ iSuri – KWSP 6A (2)​. 

Manakala untuk pembayaran caruman pula, ahli boleh melakukan bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, perbankan internet, kaunter ejen bank, bayaran secara tunai atau cek di kaunter Peresitan Pejabat KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, kamu boleh layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
i-Suri kwspkumpulan simpanan wang pekerjakwsp
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara