Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Kylie Jenner dan Travis Scott Sudah Berpisah?

by Zaidin Albert
October 2, 2019
Share on Facebook

Kylie Jenner dan Travis Scott dikhabarkan sudah berpisah? Kononnya pasangan yang dikurniakan dengan seorang anak ini memilih untuk hidup secara sendiri.

Berita ini diterima melalui laman hiburan TMZ, di mana Kylie Jenner dan Travis Scott terakhir dilihat bersama semasa dokumentari “Look Mom, I Can Fly” dirilis di Santa Monica pada 27 Ogos. Sejak itu, Kylie dan Travis tidak lagi dilihat bersama.

Kredit Foto: TMZ

Menurut sumber, Kylie Jenner dan Travis Scott cuba memulihkan hubungan mereka tetapi tidak menemui solusi dan mereka bersetuju untuk berpisah untuk seketika.

Seperti yang diketahui, Kylie Jenner juga tidak lagi memuat naik foto dengan Travis Scott. Kali terakhir adik kepada Kim Kardashian itu memuat naik gambar dengan Travis pada 10 September untuk majalah Playboy.

Kylie Jenner juga hanya datang bersama anak perempuannya, Stormi semasa menghadiri majlis perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Bieber, hujung minggu lalu.

https://www.instagram.com/p/B3FCf7eHzDy/

Sedangkan pada bulan Julai lalu, Kylie Jenner dan Travis Scott mengembara dengan menaik sebuah kapal mewah bersama keluarga.

Hubungan istimewa Kylie Jenner dan Travis Scott mula dihidu oleh media selepas mereka menghadiri acara muzik Coachella bersama-sama pada April 2017. Kylie kemudian hamil beberapa bulan kemudian dan pada Februari 2018 melahirkan Stormi.

Namun isu berpisah bukan kali pertama berlaku dalam hubungan Kylie Jenner dan Travis Scott.

https://lomp.at/tr5dy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara